Spread the salaam

Saturday, February 19, 2011

Sikap prihatin cara Rasulullah

             Buat sekian kalinya kita menyambut Hari Maulidur Rasul yang diraikan pada 12 Rabiulawal. Kita menyambutnya untuk mengingati seorang pemimpin agung, seorang mahaguru hebat, malah seorang insan yang sewajarnya mendapat tempat di hati kita sebagai idola di sepanjang hayat. 

         Dalam pada kita mengingati kelahiran baginda, tulisan ulama-ulama muktabar mencatatkan bahawa Rasulullah s.a.w juga wafat pada bulan Rabiulawal. Malah, buku The Sealed Nectar tulisan Ar Raheequl Makhtum menulis, baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal juga. Ramai di antara kita yang tidak menyedari fakta ini. Namun, apa yang ingin diperkatakan bukanlah persamaan tarikh atau bulan kelahiran dan kematian baginda. Tetapi apa yang harus kita ambil iktibar ialah betapa Rasulullah s.a.w terus berpesan tentang solat, ketika menanggung kepayahan demam panas untuk umat yang akan ditinggalkannya. 

               Di saat-saat sakarat, isterinya, Saiyidina ‘Aisyah dapat mendengar baginda berulang-ulang melafaz ‘ummatii, ummatii, ummatii’ yang bermaksud ‘umatku, umatku, umatku.’ Lihatlah, di saat-saat kematian, Rasulullah s.a.w bukan sahaja berpesan kepada mereka di sekelilingnya, malah terkenangkan umat-umatnya yang terkemudian. Ertinya, keprihatinan baginda bukanlah setakat untuk dirinya, keluarganya, cucu-cicitnya mahupun para sahabatnya; tetapi terhadap masa depan umat yang tidak sempat menemuinya. Siapakah mereka itu? Mereka itu adalah kita! Kita hanya mendengar kisahnya, membaca tentangnya dan melihat bukti-bukti kehidupan baginda melalui kesan-kesan tinggalan sejarah dan juga melalui kitab suci al-Quran. 

             Oleh kerana ingatan Rasulullah s.a.w yang begitu kuat terhadap kita sebagai umatnya di akhir zaman, kita berpeluang untuk mengenali baginda dan juga agama yang disampaikannya. Bayangkan… betapa jauh pandangan Rasulullah s.a.w. melangkaui masa dan zamannya. Seorang insan berwawasan yang harus kita contohi dan ikuti. Kalaulah baginda hanya mementingkan mereka di sekelilingnya, sebagai Nabi terakhir, mustahil kita akan dapat mengenali Islam yang dibawanya kerana tiada lagi Nabi lain selepasnya untuk menyampaikan ajaran Islam. Merenung ke dalam diri kita yang berfikiran pendek dan sempit, akuilah bahawa sebilangan besar di antara kita asyik berfikir tentang diri sendiri. Kita asyik mencongak apa yang kita ingin makan hari ini, dengan siapakah kita hendak bersembang atau berkira-kira ke manakah kita ingin merayau selepas waktu kerja. 

            Tidak ada manusia lain yang lebih penting melainkan diri sendiri. Kalau ada pun di antara kita yang sedikit prihatin, tentu kita mementingkan keluarga seperti ibu bapa dan adik beradik. Yang lebih sedikit daripada itu ialah kita yang juga mementingkan saudara-mara dan sahabat handai. Alhamdulilah, jika kita mementingkan mereka yang punyai pertalian persaudaraan. Namun, golongan yang begini semakin sedikit. Tentu sekali, tidak ramai di kalangan kita yang prihatin dengan manusia yang tiada kena mengena dengan kita. Ertinya, berapa kerat di antara kita yang prihatin terhadap nasib insan-insan yang berada jauh di tempat lain? Mereka hidup sezaman dengan kita tetapi kita tidak peduli dengan mereka. Tidak ramai yang prihatin terhadap nasib saudara-saudara kita di Selatan Thailand, Selatan Filipina, Uighur di China, malah mereka di bumi Palestin. 

              Yang paling sedikit ialah kita yang mencontohi cara keprihatinan Rasulullah s.a.w yang mementingkan umat yang belum lahir. Dalam konteks kita, apakah kita mengambil masa untuk merenung apa akan terjadi kepada umat Islam di akhir zaman? Dalam kekalutan dunia yang merangkak ke penghujung usianya, dengan kebatilan yang semakin menyerlah dan fitnah kian parah, apakah kita sudah cukup berpesan kepada sahabat handai, rakan dan taulan agar berhati-hati meniti zaman? 

            Bagaimana kita menyampaikan ajaran Islam kepada mereka selepas kita? Apakah kita ada menyimpan kitab-kitab tulisan ulama muktabar, video ceramah mereka serta rakaman audio mereka kalau pun kita tidak pandai menulis untuk umat di masa hadapan? Sebagai individu, kita harus ambil peranan ini ~ menyampaikan walaupun dengan sepotong ayat. Ia, bukan sahaja untuk mereka yang ada di depan mata, tetapi untuk mereka yang belum ada.

Thursday, February 17, 2011

Sekularisme Ideologi Yang Bercanggah Dengan Islam

Asslamua'laikum dan salam sejahtera....




Evening2!!!mlm yg masih muda seharusnya di isi dengan perkara2 yang lebih memberi manfaat...kerana mlm masenye singkat sekejap je dh subuh...hehe

tetiba terasa lame dh x update rumah ni....huhuh....mungkin kesuntukan masa,,klo kite sedar,,sbnrnye x ade masa utk dibuang2...hmmm,,sbrnye ade sedikit perkara ataupun pengetahuan yg saya dpt ketika menghadiri satu majlis ilmu...suatu kuliah yg di luar mse kuliah...sye rse bersyukur sngt2 sbb dpt ikut majlis ilmu ni walaupn terpaksa mncari2 masa lapang dlm kesibukn yg melanda...dlm kesukaran yg baru shja belaja utk mmbina masa depan n kerjaya,,tp Roh juga jngn dibiarkn tidak membangun...

kuliah ini telah disampaikn oleh seorng prof matematik yg mnjadikn membaca dan mengkaji sbg hobinya,,pertama skli kami ditanye ape itu deklarasi iman???ianya telah dilakukan melalui ucapan kalimah syahadah...kemudian,,kite sering tertanya-tanya apekah matlamat hidup???sdngkn ianya telah ditentukan oleh Yang Maha Pencipta iaitu beribadat..menjadikan segala ape yg kite lakukan sbg ibadat matlamatnya,,,sprt firman Allah di dalam surah Az-Zariyat,,ayat 56 yang bermaksud,," Tidak aq ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"...jelas di situ sbgai hamba yg diciptakan di dunia matlamt itu sudah ade cumanya patuh atau tidak...seringkali kita mendengar kite cuba dan mampu menjadi warganegara yang patuh pada undang2 dan perlembagaan ssbuah negara,,klo diri kite sbg pelajar kite cuba dan mampu utk mnjadi pljr yg patuh pd peraturan sekolah dan sebagainya,,,tp pernah kite cuba dan mampu utk patuh dengan undang2 Pencipta diri kita iaitu Allah yg menguasai seluruh alam semesta.....mungkin ada tp hanya sebahagian kecil umat masa kini....

Apa yg boleh kita tentukan adalah cita2...cita2 yg memenuhi tuntutan ibadah dan melaksanakan tugas sbgai khalifah dengan benar...Jika kite lihat semula,,kite selalu suke bahagi2kn masa,,,ok waktu ni nak beribadah nak buat bende2 keagamaan sikit,,,hah,,waktu tu plk nak buat hal2 dunia sje....barulah dikatakan seimbang...hal ini telah mnnjukkn hakikat bahawa sikap suke mmbahagikan kehidupan kpd 2 bahagian itu adalah sekularisme.....cbe kite fikir akhirat adalah satu tempoh waktu yg infiniti,,,tidak berpenghujung,,,sdngkn dunia katelah mse utk kite cume 60 tahun,,,jika infiniti bahagi dngn 60 thn itu = infiniti,,maknenye tiada waktu utk dunia krna ia tlh terangkum utk akhirat....

Jika kite melihat dr sudut yg lebih luas seluruh makhluk di alam semesta ini muslim sifatnya....muslim bermakna patuh dan tak pernah silap...matahari,,,bulan dan planet menjalankan tugasnye dengan baik tnpa seinci pun tergelncir dr orbitnye,,tnpe sesaat pn kelajuan brubah,,,kerana mereka muslim,,tp tidak pd sume manusia...byngkn jika mereka ingkar,,,umpamanya,,matahari yg bergerak pd kadar 187 000 km/jam,,maka akan musnahlah alam semesta ini...Firman Allah dlm surah Al-Haj ayat 18 yg bermaksud,,"tidakkh engkau tahu bhw siapa yg ade dilngit n bumi bersujud kpd Allah, termasuklh matahari,bulan,bintang,gunung-ganang, pohon2 n haiwan2 yg melata n bnyk diantara manusia????tp bnyk manusia yg pantas mndpt azab. Brng siapa dihinakn Allah tdak seorng pon yg akn memuliaknnya. Sungguh Allah brbuat ape shja yg Dia kehendaki..." Seluruh makhluk bertasbih kpd Penciptanya,,,berasbih bkn semestinye perlu bersuara,,tp ikut fitrah masing2...

Dlm konteks pelajar,,sbg seorng yg muslim, smakin tggi pengajiannya,,smakin dekat dirinya dngn Penciptanya,,.apekah tugas kite utk menuntut ilmu??apekah kite merdeka drpd ilmu slps graduate???apekah wujudnya profesinalisme dlm dunia keilmuan???Profesionalisme sbg 'tool' untuk capai cita2 n ape yg kita mahukan...jd apabila kita bljr perlulah mmpunyai falsafah yg jelas....membaca bkn setakat mmbaca kosong,,akn tetapi baca dengan nama Tuhan...sprt yg disebut didlm surah Al-A'laq yg bermula dr ayat 1 hingga ayat 19,,keseluruhannya membicarakn tntg hakikat pengetahuan kpd manusia...

Sekularisme lahir drpd peristiwa yg merupakan sejarah hitam eropah di mana berlakunya konflik antara pihak gereja (golongan agama mereka) dgn saintis (yg didakwa tlh mengajarkn sstu yg bercanggah dngn fahaman golongan agama mereka iaitu gereja). Peristiwa inkuisisi telah dikenakn kpd para saintis barat yg menjadi igauan ngeri dan dahsyat...semenjak peristiwa itu dikenakan ke atas galileo galilei,,maka secara rasminya perihal sains dan urusan2 lain sprt pentadbiran dan ekonomi terpisah dr aspek agama mereka...apabila berada di gereja mereka dilrng sama sekali dilrng berckp mengenai sains,,urusan2 pntdbiran n ekonomi,,apabila berada diluar mereka dilrng utk berckp soal agama mereka...sehinggalah kurun ke 19 dimana charles darwin mengemukakn satu teori iaitu darwinisme (evolution species yg brmula dr satu sumber atau species yg same,,Tuhan disebut tiada perann,,kerana wujudnya spesies baru melalui evolution sprt natural selection)...teori ini tidak ditemukan kekuatannya dr segi saintifik sama sekali,,akan tetapi utk lari dr kemelut gereja itu td maka ia dijadikan sbg sebuah teori dn diteruskn hingga sekarang,,jika dpt dilihat dlm subjek taxonomy biology atau biology sahaja....cthnye natural selection yg memegang konsep 'yg kuat akn menang n yg lemah akan kalah'...konsep ini dilihat sebagai 'survivability' bknnye sbg satu kezaliman...begitu pun diwujudkan anugerah nobel prize,,yg mane di dalam penulisan akademiknya langsung tidak boleh dikaitkan dengan kewujudan Tuhan...kita mahu lihat apekah kite mampu memiliki nobel prize ini satu hari nanti....sanggupkah...


sekian dahulu untuk part yg pertama,,meski sesibuk mana pun rumah ini xkn dibiarkn mati sunyi begitu sahaja...insyaAllah akn disambung seterusnya,,,sesungguh utk berada di dlm sebuah majlis atau kuliah ilmu itu,,adalah kerana dipilih oleh Allah melalui 70 kali saringa,,bknnya sbb terpilih,,,marilah sama2 berusaha mndapatknnya krn kesempatan itu bknnya dtg selalu...waulahua'alam....

Friday, February 11, 2011

forget is not as easy as forgive

Assalamualaikum.......

Emmm,,lame sdh x mnjengah rumah ini,,,pastinye dipenuhi dngn sesawang...suatu keadaan yg memenuhi hukum thermodinamic,,,di mana semakin lame dibiarkn sstu itu akn semakin tidak baru,,,sngt bercanggah dngn evolusi,,yg mane sstu itu dikatekn smakin lame akn semakin mnjadi sstu yg baru...huhu..mst sshkn nk phm....inilah prbezaan ketara bile masuk kelas biologi n keluar ke kelas fizik....hehe


tp ni bkn la ape yg saye nk ckpkn...mlm ni xde ape nk buat...hanya ddk2 di meja study memerhatikn ape yg terhias di softboard sje...trpndng insan2 yg aq rindui...special for my family....amat bertuah n bersyukur krna dikurniakn family yg bahagia....zoom plk kat gambar2 kawan2 n guru2...yg mane tmpat pertama saye bersosial adlh bermula di sekolah...di situ dpt belaja bermasyarakat,,memahami hakikat fitrah,,memilih ape yg baik,,,n smestinya m'cari kawan2 yg baik agar diri ini juga jd baik...


alhamdulillah,,kawan2 kabarnya skunk masih baik2 belaka,,,meneruskn langkah menggapai impian yg tersimpan...semoga berjaya....harap2 x lost kontak la....


ape yg sye dpt  blaja adlh mengenal rakan2 yg baik,,tahu ape itu persahabatan,,cukup tersinggung apabila rakan yg kite sendiri percaya membuat onar samaada sedar atau x....bergantunglah pd niat masing2..mungkin ade hasrat tersimpan n sebab2 tertentu mengapa kdng2 harus menipu dlm bersahabat....mungkin bknlah dalam hal yg penting pon,,,malah x mnjejaskn ape2 pon pd diri kita,,,tp ingatlah,,,ia mencerminkan siapa kita...n peribadi kite...

sifat n penampilan luaran yg sopan n menyebabkn sye bangga punya kawan sprt ini,,,telah hilang kepercayaan pd dirinya,,,hmmm,,tak sanggup utk bertanya n terus terang pd yg tuannya,,,krna bimbang akan menyinggung hatinya,,,,mungkin juga sye akn dianggap menyebuk tntg hal peribadinya...maka sye memilih utk berdiam diri dan menjauh n memerhati dr jauh sje....malah kini die berada pd satu jrk yg jauh dr sye...


mendengar khabar hidupnya sihat n terus berusaha utk mncapai cita2nye,,sye gembira....n brharap agr dirinya dpt menghabiskn kursus yg dipilih dengan minat yg tinggi dngn sempurna...harapan agar dirinya n diri ini dpt mnjalakn amanah yg harus dipikul suatu masa nnti dngn sebaik mungkin.....


dia adalah dirinya yg sye knl sjk kami sekolah rendh,,sekejap terpisah,,sekejap berjumpa,,,,n skrng,,lame x jumpe,,,n berharap agar kejujuran dlm persahabatan itu dpt dimekarkn semula n tak perlu ade rasa iri dlm hati,,,kerana rezeki itu milik-NYA,,,bukan kite yg menetukannya....sye tahu die seorng wanita,,anak,,n pljr yg baik...


sekian....dr sahabat utk sahabat...