Spread the salaam

Sunday, July 31, 2011

Cinta tak semestinye bersatu...

Salam a'laik untuk semua....

Ketika sye menulis tinta ini, sye sdng berada di kampung halaman di tg krng, selangor. Meskipun kepenatan dan byk keluar belanja oleh parents sye semata2 mahu pulang tiap2 minggu dri melaka ke tg krng,,namun itu semua kami tolak ke tepi mmikirkn adik sye x nk ikut pindh, mka tggallah die sorng2 di 'villa' kediaman kami di tg krng ini brsama along yg kdg2 kala ade sbb wktu keje x mnntu..sdh disuratkn sbegitu mskipun penat lelah turun naik ke kementerian,,nmun kputusn akhir trpaksa diterima n cbaran itu trpaksa dilalui..hati ini yakin sngt2 pstinye ade hikmah disblik semua ini...dan alhamdulillah dpt dirungkai sedikit demi sedikit berkat kesabaran seluruh ahli kluarga....

Okeh,,brbalik kpd 'cinta tak smestinye brsatu' pda sye ungkpan ini mmbwa seribu satu mkna. Terpulang kpd individu utk mnterjemahkannya..sye teringt prtama kli trjumpa ungkpn ini ketika membelek-belek sebuah mjalah kartun...seronok kdg2 bile kite stress,,ade kalanya rasa nak marah,,bile trbaca karya kartun lawak ni boleh jgk meredakan fikiran yg kusut n hati yg lara lagi membara...yahh,,mgkin bgi hmpir ramai orng mengtakan,,bile ade prkataan 'cinta' itu,,trus trtangkap dlm minda,,cinta kpd ssorng lah,,klo si gadis mngkin cinta kpd si jejaka,,begitulah sebaliknya....

Namun,,bile bertahun sdh brlalu,,insyaAllah pemikiran yg terbina jga smakin matang,,maka title 'cinta' itu tdak lgi dilihat dlm skop sesempit itu...kdng2 dlm hidup ni ade 2 or lebih orng yg mmpunyai satu cita rasa yg sama..satu impian yg sama yg mmbawa kpd satu prasaan cinta trhadap sstu prkara yg sama....jdi,,nk katanya kat sini,,masing2 punya method trsendiri utk merealisasikn rse kecintaan itu bgi menggapainya dlm hidup....misal kata,,pling mudah lah,,kita cintakan negara kita...setiap orng sdh tntu punya cre msing2 utk memperlihatkn manifestasi cinta kpd negara itu dlm bnyk cara,,ade yg melalu lukisan, tulisan2 or pena sprti puisi,,lirik lagu,,penulisan di akhbar,penyuaran scara terbuka,,blog dan novela..tak semestinya kne semua orng mggunakan hnye satu cara shja...

Disebalik penghasilan sebuah APRESIASI...

emm,,ape tu??

That's my first hand made novela....
Actually it's not easy for me to give the title for this novela...i hv list out a few words to give this novela name...i like to use only a single word tht can express thousands meaning...he3..
'Apresiasi' is a word tht extracted from the word of appreaciation...so,,i got d idea,,just grab it!!

Hmm,,what the things tht make me to open my heart to involve in d writing field? haha..
Actually,,it's not d first time I write a novela....the past 5 years,,I ever wrote a novela oso...entitle as ' Warna-warna Kehidupan,,while I was in form 3...but,,unfortunately,, I failed to complete the story,,n I'm blanked,,don't have idea bout how to create the continuity from 1 chapter to another chapter,,frm one character to another...then of course,,it was not been published...

And now,,i got some spirit,,to continue wif d writing habit aka my hobby when i got so long leisure time,,aka sem break..haha..

Ape yang cuba disampaikan melalui novela ' APRESIASI ' ini?

APRESIASI sedang dalam proses pembikinan,,n mmerlukan saya utk mengkaji bbrapa perkara mengenai isi ceritanya...novela ini berkisar tentang hubungan persahabatn yg mula terbina di sebuah institusi pengajian bru,,mengenai hubungan watak2 dlm hal2 kekeluargaan,,percintaan (dilihat dari skop yg lebih luas),,,kepekaan watak trhadap permasaalahan masyarakat zaman mellenium ini..dan juga unsur2 keharmonian dan nilai dalam bdng sains,,idea sebuah inovasi hasil penilitian terhadap hukum sains yg dikenali sbgai 'sunnatullah' bagi saintis muslim...novela ini mrupakan kategori fiksyen sains dan kehidupan...

okehhh,,sekian...for this time,,not much can I share wif u guys...but insyaAllah d novela will be published soon...gradually,,happy fasting month...moga Ramadhan ini adalah yg terbaik dari sblmnye.....wassalam..

Tuesday, July 12, 2011

KEKUATAN JISMIYYAH , RUHIYYAH & FIKRIYYAH MELAHIRKAN MUSLIMAH CEMERLANG.

KEKUATAN JISMIYYAH , RUHIYYAH & FIKRIYYAH
MELAHIRKAN MUSLIMAH CEMERLANG.



وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ 
 الأنفال 60

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

MUQADDIMAH

Hadaf / matlamat kita adalah untuk memastikan musuh – musuh Allah yang terdiri daripada golongan mustakbirin dan Jabbaarin , gentar dan tunduk kepada ugama Allah swt. Justeru itu , kita mesti memiliki kekuatan semampu mungkin untuk mencapai hadaf kita.

Kekuatan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kategori

· قوة المآدي - terbahagi kepada قوة المالي و الجسمي·
. قوة الروحي - terbahagi kepada قوة الإيماني و الفكري

Kesimpulannya , Allah swt. mengarahkan orang – orang yang beriman dengan kalimah و أعدوا ( dhomir jama’ pada kalimah tersebut kembali kepada ayat 45 dalam surah yang sama – Al Anfal )

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
 الأنفال 45
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Sifat orang beriman ialah thabat ( teguh ) dalam perjuangan untuk menjulang panji kalimatul haq dan ianya adalah satu daripada syarat kemenangan .

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا
( الأحزاب 22 – 23 )

"Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."


Perlu disedari dan diinsafi bahawa muslimah adalah sayap kiri perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Suatu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
( التوبة 71 )

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

عن عائشة رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَال .
رواه الإمام أحمد و أبو داود و الدارمي و ابن ماجه
“ sesungguhnya perempuan adalah saudara kandung lelaki ”

Lantaran itu muslimat semestinya berfungsi dan beraksi , mengurus dan mentadbir perlaksanaan الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر, Justeru ia suatu kewajipan. Namun suatu reality yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir.Ianya tidak semudah yang diungkapkan.

Suatu operasi yang terdedah kepada tahaddiyat yang mencabar. Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah.Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi. Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan tribulasi musuh yang tidak pernah simpati.

Muslimat yang dimuliakan,

Projek الأمر و النهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak,mampu merentasi resiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman.

Projek الأمر و النهي ini memerlukanصفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة . Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah muslimat cemerlang ).

Projek ini akan gagal kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu muslimat yang penakut dan lemah jiwanya. Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu muslimah yang lesu , beku,dan jumud.

Dalam ertikata lain mereka adalah “makhluk perosak” yang menggagalkan strategi perjuangan ini. ( Mereka adalah muslimat yang pasif, naih, laih dan dhoif ).

Persoalannya….bagaimana kita mahu melahirkan Muslimat Cemerlang ini ? Maka risalah ini menjawab segala-galanya.

Muslimat yang dihormati sekelian.

Jawapannya ialah paduan tiga kekuatan. Kekuatan Jismiyyah, Kekuatan Ruhiyyah dan Kekuatan Fikriyyah. Tiga kekuatan ini melahirkan Muslimah Cemerlang.

KEKUATAN JISMIYYAH / FIZIKAL

Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, muslimat perlu masuk kelab bina badan, Kelab Karatedo/ Taekwando / Ju Do dan sebagainya.Tetapi ia bermaksud muslimat perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
( محمد 31 )

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu."

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
( العنكبوت 2 – 3 )

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."

Kekuatan / keupayaan fizikal yang memungkinkan muslimat menunaikan ibadah dan aktiviti taqarrub Ilallah. Hal ini memaksa muslimat menjaga kekuatan fizikal / agar tahap keupayaanya mengizinkan muslimat tampil kehadapan , menghadapi segala kemungkinan.

Ertinya kesihatan dan kemahiran fizikal adalah dua tahap keupayaan yang mesti dimiliki dan ditingkatkan kualitinya. [1]

Kita tak mahu gerak kerja dakwah tergendala kerana 2 tahap keupayaan ini terlalu rendah.



Contoh:


Apabila kita nak menyusun program / aktiviti , pelbagai alasan yang kita terima dari muslimat.sakit kepala, sakit perut, tak pandaikomputer , tak ada pengalaman dll.


Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan muslimat lari dari tugas perjuangan.
Muslimat yang dihormati sekelian.


Muslimat hari ini mesti bersiap sedia. Cabaran Abad 21 memaksa kita untuk segalanya.Jangan sampai muslimat terkepong dalam susuk tubuh keperempuanan yang lemah. Sebaliknya…. Jadilah serikandi laksana Sofiyyah rha. [2]



Perjuangan masa kini memerlukan muslimat mampu mengendali tugas-tugas dakwah dan mahir mengurus sarana dakwah.(Komputer, pidato, menulis dll ).


Hapuskan reality negatif bahawa sebahagian besar hidup muslimat adalah lemah/sakit. Sebaliknya jadilah Muslimat yang sihat, cergas, cerdas dan berenergy untuk mengharungi badai perjuangan.


KEKUATAN RUHIYYAH


Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim. Sebagaimana bidalan Hukama’


رُهْبَانُ في اللَيْلِ وَ فُرْسَاُن بِالنَّهَارِ
“ Rahib di malam hari dan kuda yang tangkas di siang hari “


جُنْدِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العَمَلِ وَ صُوْفِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العِبَادَة“ Tentera yang berdisiplin dalam menjalankan tugas dan sufi yang abid dalam melaksanakan ibadat “


Ruh ibarat nadi , menjadi dinamo untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Persediaan Ruhiyyah ini juga adalah suatu kewajipan utama apabila ia dibias oleh statement Ilahi:


يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا
إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا
( المزمل 1 – 5 )


"Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)."


Kekuatan ruh adalah asas kelangsungan perjuangan untuk merealisasikan projek الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر .Ia juga satu kuasa dalaman,laksana antibody yang yang mampu mengawal diri dari terjerumus dan terseleweng.


Suatu kuasa yang menyebabkan muslimah takkan menyerah kalah kepada musuh.


Sejarah agong mencatatakan bagaimana Asma’ binti Abu Bakar pada suatu ketika anaknya Abdullah Ibnu Zubair pulang kerumah walhal ia sedang berperang dengan tentera Hajjaj Yusuf Assaqafi. Asma’ dengan tegas menyatakan :


الشَّأْنُ شَأْنُكَ يَا عَبْدَ اللهِ وَ أَنْتَ أَعْلَمُ بِنَفْسِكَ فَإِنْ كُنْتَ تَعْتَقِدُ أَنَّكَ عَلى حَقٍّ وَ تَدْعُوْا إِلى حَقٍّ فَاصْبِرْ وَ جَالِدْ كَمَا صَبَرَ أَصْحَابُكَ الَّذِيْنَ قُتِلُوْا تَحْتَ رَايَتِكَ وَ إِنْ كُنْتَ إِنَّمَا أَرَدْتَ الدُّنْيَا فَلَيْسَ الْعَبْدُ أَنْتَ أَهْلَكْتَ نَفْسَكَ وِ أَهْلَكْتَ رِجَالَكَ


“ Apa yang berlaku terpulanglah kepada mu wahai Abdullah , dan engkau lebih tahu tentang dirimu , maka jika sekiranya engkau yakin bahawa engkau berada di atas kebenaran dan engkau menyeru kepada kebenaran maka bersabarlah dan tabahlah sebagaimana sabarnya sahabat – sahabatmu yang telah gugur di bawah panji perjuanganmu dan jika kamu inginkan dunia , engkau telah membinasakan dirimu sendiri dan engkau telah membinasakan sahabat – sahabatmu”


Khaulah rha dengan kisahnya menghantar 3 orang anaknya ke Medan Jihad. Setelah semua anaknya syahid, beliau menangis kerana tiada lagi anak untuk dihantar ke medan jihad.


Zainab Al-Ghazali pula disiksa dalam penjara berkali ganda lebih dahsyat dari seksaan yang dikenakan kepada kaum lelaki. Dilepaskan anjing-anjing garang dan lapar dalam sel tahanannya.
Ini semua wajah-wajah mereka yang memiliki kekuatan ruh sekalipun jasad mereka diratah dan disiat. Sekalipun nyawa terpaksa berpisah dari badan. Namun menyerah kalah / tunduk kepada kuasa taghut dan pengaruh nafsu tidak sama sekali.


Kekuatan ruh bererti kekuatan kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. beriltizam dengan amal Islami dalam apa jua situasi .


انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
( التوبة 41 )


"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


Kekuatan ruh jua bererti optimis bahawa مستقبل لهذا الدين Yakin Islam pasti menang. Justeru itu muslimat tidak sewajarnya merasa lemah.


وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
( آل عمران 139 )


"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."


Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. Selayaknya kita turut mencontohi mereka. Demikianlah anjuran Imam Malik rhm .


لا يَصْلُحُ أخِرُ هذِهِ الأُمَّةِ إلاّ بِمَا صَلُحَ بِهِ َأوَّلُهَا“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”


Apa yang penting kita mesti memiliki 3 prinsip :


· Iman dan Tawakkal maksudnya Yakin menang dan serah kepada Allah. ( rujuk surah Al Ahzab ayat 22 )
· Tegas : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( sila rujuk surah Al Ahzab ayat 23 )
· Teruskan Dakwah & Istiqamah.


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
( فصلت 30 )

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."

Muslimat yang dihormati,

KEKUATAN FIKRAH

Ummat Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk غزوة الفكري . Lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
( النحل 89 )

"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."

Ancaman غزوة الفكري menjelang abad 21 semakin sengit sementara mufakkir-mufakkir Islami semakin berkurangan. Ini suatu fenomena yang amat membimbangkan kita. Gejala Juhala’ berleluasa, pengangguran otak sampai ketahap bahaya .

Merka hanya rasa memadai mendapat sandaran mahasiswa/wi , Dr, Prof. dan lain lain , tetapi malas berfikir menatang amal Islami. Mereka guna sandaran ini untuk cari makan.

Kemahan ini menyebabkan benteng ummah kian rapuh (mudah ditembusi dengan pelbagai helah licik golongan orientalis). Kita mesti bina kekuatan fikriyyah ini, terutamanya muslimat , ( satu pihak yang pada realitinya amat terkebelakang.) Daya fikrah mereka telalu lemah. Kebanyakan muslimat hanya fikir tentang diri sendiri , hias diri , resipi dan anak-anak. Adapun amal Islami sekadar beramal apa yang rutin.

Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah kita jua mestilah jelas dan syumul juga.
Ketajaman fikrah Islami amat perlu diera kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah.

Untuk membina kekuatan ini muslimat mesti berani tampilkan diri, banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah.

Apa yang berlaku muslimat terkebelakang, usahkan nak jadi pemidato Islami yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah kepada masyarakat, nak mengemukakan soalan kepada penceramah pun , muslimat masih lagi menulis dikertas untuk diajukan.

Perbincangan kita pula banyak berkisar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh temeh (yang tidak membawa manafaaat kepada jamaah seperti mengumpat, mencela dsbnya.)

Perbincangan kita seharian di rumah sepatutnya membentuk biah Islamiah. Bincang soal ekonomi Islam, mujtama’ Islami dan sebagainya .

Muslimat yang di hormati sekelian,
Tiga kekuatan ini saling berantaian. Kalau hanya badan sihat , angkat tong gas larat tapi subuh gajah tak jadi.

Kuat beribadat tapi jumud , juga sia-sia. Bukan kita sorang nak masuk syurga. Islam perlu disebarkan dan ini memerlukan pemikiran yang haraki .

Kemudian . fikrah jelas, hebat berfikir tapi sakit gigi sepanjang tahun , sakit kepala sepanjang sessi , sakit urat sepanjang masa ( hanya sihat waktu nak shoping sahaja)…nak buat apa.

Akhirnya semua aktiviti dan program tergendala disebabkan muslimat tidak memiliki tiga kekuatan yang telah digariskan- dipetik dari blog Usrah Ibnu Masran al-banjari

Sunday, July 3, 2011

Kenapa Aku Diuji? Maka Al-Quran Menjawab..

Kenapa Aku Diuji Sampai Macam Ni?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " -(Al-Ankabut, ayat 2-3)

Kenapa Aku Selalu Tak Dapat Apa Yang Aku Nak?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " -(Al-Baqarah, ayat 216)

Kenapa Ujian aku dpt ni sangat berat?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -(Al-Baqarah, ayat 286)

Kenapa Aku selalu kecewa?
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " -(Al-Imran, ayat 139)

Macam mana aku nak hadapi semua ni?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. " -(Al-Imran, ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', " -(Al-Baqarah, ayat 45)

Apa Yang Aku Dapat Dari Semua ni?

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ..." -(At-Taubah, ayat 111)

kat siapa lagi aku boleh berharap?
" ....Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. " - (At-Taubah, ayat 129)
Aku Dah Tak Tahan Lagi! Bosan Dengan Semua Ini!
" ....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." -(Yusof, ayat 87)

[sumber]

Footnote: Jangan cepat putus asa. Allah sentiasa ade kat kita. setiap dugaan tu mesti ade hikmah dan pengajaran. so kena faced dengan tenang and cool. Aku ingatkan kat diri aku sendiri dan ingatkan kat korang. sbb saling mengingati tu penting. Semoga kita dapat rahmat dari Allah s.w.t Amin. Selamat Malam :)

Healing Powers of Al-Asma al-Husna...

It has been discovered by Dr Ibrahim Karim, which is a Biologist...tht Asma ul Husna, most beautiful names of Allah (SWT) hv healing power to a large number of diseases. He used precision methods in the measurement of energy within the human body n discvrd tht every one of the names of Allah (SWT) stimulates energy in the immune system of the human body to work efficiently in a certain ideal human body...

He oso discvrd tht the mere mention (reciting) of most beautiful namaes of Allah (SWT) leads to improvement in the track Bio Energy within the human body, n aftr 3 years of research, Dr Ibrahim Karim reached to the following:

Ear- as sami (The all Hearing)
Bone- al nafi (The creator of good)
Backbone- al jabbar (The Compeller)
Knee- al ra uf (The Clement)
Hair- al badi (The Originator)
Heart- al nur ( The Light)
Muscle- al qawi (The all Strength)
Heart waves- al wahab (The giver of all)
Heart muscle- al razzaq (The Sustainer)
Nerve- al mughni (The enricher)
Artery- al jabbar (The compeller)
Stomach- al razaqq (The sustainer)
Cancer- al jalil (The mighty)
Thyroid- al jabbar (The compeller)
Thigh- al rafi (The exalter)
Migraine- al ghani (The rich one)
Eye arteries- al muta ali (The supreme one)
Kidney- al hayy (The ever living one)
Colon- al ra uf (The clement)
Intestine- al razzaq (The sustainer)
Liver- al nafi (The creator of good)
Pancreas- al bari (The make of order)
Fatty sacks- al nafi (The creator of good)
Womb- al khaliq (The creator)
Bladder- al hadi (The guide)
 Rheumatism- al muhaymin (The guardian)
Prostat- al rashid (The righteous teacher)
Nerves of the eye- al zahir (The manifest one)
Pineal gland- al hadi (The guide)
Blood pressure- al khafed (The abaser)
Lung- al razzaq (The sustainer)
Thymus gland- al qawi (The all strength)
Gland above the kidney- al bari (The make of order)
Hair peel- al jalil (The mighty)
The nasal cavities- al latif, al ghani, al raheem
Eye- al nur, al basir, al wahab....

Method of treatment: LAY YOUR HANDS ON THE PLACE OF PAIN, & PRAISE ALLAH (SWT) NAMES ABOVE ACCORDING TO YOUR DISEASE UNTIL THE PAIN HEALS OR CURE AWAY..INSYA ALLAH...

NOTE: Please keep in mind whatever takes place in result of reciting the names of Allah (SWT) depends on the will of Allah, THE ALMIGHTY...

Friday, July 1, 2011

Al-Quran Melahirkan Minda Progresif Lagi Saintifik..

Bismillahirrahmanirrahim....Saya begitu tertarik dengan artikel ini dan sebagai Biologist in future saya masih lagi mencari contoh2 yang mampu menggerakkan diri untuk menjadi seorang saintis yang berotak Al-Quran pada masa hadapan..

Oleh: Dr. Danial bin Zainal Abidin
 
Allah memberikan penghormatan kepada golongan yang suka mengkaji alam dan memanfaatkannya untuk mendekatkan diri kepadaNya. Allah menggelar mereka sebagai ulul albab dan hal ini amat signifikan bagi umat Islam. Ia merupakan rangsangan yang istimewa daripada Allah agar umat Islam mendekati alam untuk mengkajinya. Dengan itu ketakwaan mereka kepada Allah akan meningkat. Secara khusus, antara ciri yang terdapat pada ulul albab ialah suka mengkaji dan bertafakur tentang penciptaan langit dan bumi. Pada hari ini golongan yang banyak mengkaji tentang kejadian langit dan bumi ialah pakar-pakar sains dalam bidang astronomi dan astrofizik. Justeru, ayat 190 dalam surah Ali Imran berhubung ulul albab merangsang umat Islam agar menjadi saintis. Saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula al-Quran ialah saintis yang mengingati Allah di mana saja dia berada. Bukannya saintis yang ateis.

Al-Quran sememangnya mahu umat Islam memiliki minda yang saintifik. Minda yang saintifik merupakan minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu membuat andaian dan kemudiannya konklusi terhadap apa yang dicerap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan bukti dan dalil.

Sebenarnya minda seperti inilah yang mahu dilahirkan oleh Islam kerana Islam menyuruh umatnya agar tidak mengikut sesuatu yang tidak bersandarkan bukti dan dalil. Dalam surah al-Israk ayat 36 Allah berfirman, "Janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya".
Berhubung dengan ayat ini, Syed Qutub berkata dalam Fi Zilal al-Quran,
"Janganlah kamu mengikut sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang meyakinkan dan (janganlah mengikut sesuatu) yang tidak terbukti kesahihannya."

Mementingkan Bukti Bukan Menjadi Pak Turut
Dalam surah al-Baqarah ayat 259, Allah menceritakan tentang seorang lelaki yang telah Allah matikan selama seratus tahun sebelum dihidupkannya semula. Kemudian Allah memaparkan kepadanya bukti-bukti tentang kekuasaan Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan. Allah berfirman,
"Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) seorang lelaki yang melalui sebuah negeri yang temboknya telah roboh menutupi atap-atapnya. Dia berkata: Bagaimanakah Allah akan menghidupkan negeri ini yang sudah hancur? Maka Allah mematikannya selama seratus tahun kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: Berapa lamakah kamu tinggal di sini? Dia menjawab: Satu atau setengah hari sahaja. Allah berkata: Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah. Lihatlah juga kepada keldaimu (yang telah menjadi tulang-belulang), dan Kami jadikan kamu sebagai tanda kekuasaan Kami bagi manusia. Lihatlah kepada tulang-belulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali dan Kami membalutinya dengan daging. Selepas jelas baginya (tentang bagaimana Allah menghidupkan orang mati) dia pun berkata: Sesungguhnya aku yakin bahawa Allah Maha berkuasa atas setiap sesuatu."
Lihatlah bagaimana bukti dan dalil menguatkan keyakinan lelaki ini terhadap Allah.
Demikian jugalah yang berlaku ke atas nabi Ibrahim. Dalam surah al-Baqarah ayat 260 Allah menceritakan tentang nabi Ibrahim yang suka menguatkan keyakinan baginda melalui bukti yang jelas. Baginda berkata,
“Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang bagaimana Kamu menghidupkan mereka yang mati. Berkata Allah: Apakah kamu tidak yakin? Berkata Ibrahim: Aku telah yakin akan tetapi agar hatiku mantap (dengan iman).”
Oleh sebab bukti dan dalil adalah penting, Islam tidak pernah memaksa orang-orang bukan Islam memeluk Islam. Sebaliknya mereka yang bukan Islam diutarakan hujah yang rasional tentang kebenaran Islam sekali gus menyerlahkan kepalsuan pegangan mereka. Sebagai contoh, ketika Allah berbicara tentang penyembahan patung-patung berhala, Allah menggunakan hujah serta dalil yang boleh difahami untuk menjelaskan tentang kesesatan amalan itu. Dalam surah al-Haj ayat 73 Allah berfirman,
"Wahai manusia telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat mencipta seekor lalat pun walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah jugalah yang disembah."
Demikian jugalah pendekatannya ketika Allah berbicara tentang alam ghaib, sebagai contoh, kebangkitan semula selepas mati. Allah membuktikan kebenaran kejadian itu dengan mengaitkannya dengan fenomena alam yang boleh dilihat dan difahami oleh manusia. Dalam surah Faatir ayat 9 Allah berfirman,
"Allah jualah yang menghantarkan angin dan angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu kepada negeri yang mati (kawasan kering kontang) dan Kami hidupkan bumi itu sesudah matinya (dengan menurunkan hujan). Demikianlah juga kebangkitan manusia (iaitu kehidupan selepas mati)."
Pendekatan seperti ini mampu mengetuk minda serta menjentik hati. Ayat-ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa pencarian bukti dan dalil merupakan suatu yang amat dituntut oleh agama kerana melaluinya keyakinan dan cara hidup yang mantap akan terbina. Jika keyakinan seseorang telah pun mantap, ia akan memantapkan lagi keyakinan itu. Dalam konteks nabi Ibrahim, permintaan baginda untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan orang yang mati bertujuan untuk meningkatkan lagi makam keyakinan baginda daripada ilmu al-yakin (keyakinan berdasarkan hujah ilmu) kepada ain al-yakin (keyakinan berdasarkan penglihatan). Hal ini disebutkan dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.

Minda Saintifik
Minda saintifik membenci khurafat dan tahayul. Khurafat dan tahayul merupakan kepercayaan yang tidak berasaskan bukti lagi tidak masuk akal. Islam menentang kepercayaan yang seperti ini, sebagai contoh, kepercayaan terhadap konsep sial majal. Berhubung dengan ini Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud,
Tidak ada sial majal (dalam Islam).
Dalam riwayat yang lain oleh Bukhari, nabi bersabda, “Tidak ada sial pada bulan Safar.” Dalam sesetengah masyarakat kadang kala kesialan dikaitkan dengan bunyi binatang tertentu, contohnya burung hantu, ataupun suara-suara tertentu. Nabi menolak kepercayaan yang dangkal ini melalui sabda baginda yang bermaksud, “(Mempercayai) kesialan pada suara-suara (tertentu)….. ialah dari perbuatan syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud.

Sebagai satu agama yang saintifik, Islam menerima penemuan serta kajian yang sah lagi autentik terutamanya di sudut duniawi. Nabi Muhammad merupakan contoh yang terbaik dalam aspek ini. Dalam aspek duniawi baginda amat menghormati rumusan dan konklusi yang diputuskan berdasarkan pengamatan serta bukti yang sahih. Pernah pada suatu ketika, baginda menegur sahabat-sahabat yang telah mengacukkan pohon-pohon kurma demi memperoleh hasil yang lebih baik. Kerana menghormati nabi, mereka tidak lagi mengacukkan pohon-pohon itu. Hasilnya ialah produktiviti yang menurun dan pengalaman ini akhirnya mereka ceritakan kepada baginda. Nabi terus menyuruh mereka meneruskan dengan amalan yang asal, iaitu mengacukkan pohon-pohon kurma, kerana telah terbukti cara itu mendatangkan hasil yang lebih baik. Berkaitan dengan insiden inilah, nabi bersabda (berpandukan hadis Muslim daripada Rafi’ bin Khadij), “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.”

Minda Progresif
Al-Quran merupakan sumber rujukan nombor satu bagi umat Islam. Ia dipenuhi dalil serta bukti yang pelbagai berkaitan dengan alam, manusia serta sistem hidup. Al-Quran berjaya membentuk umat Islam menjadi golongan yang progresif mindanya. Daripada al-Quran, umat Islam memiliki kefahaman yang betul tentang alam dan kehidupan.
Sebagai contoh, umat Islam, lama sebelum lahirnya teori Big Bang, sudah mengetahui bahawa langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum bermula proses kejadian alam. Pengetahuan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud,
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian Kami pisahkan antara keduanya (fataq).” Kesan daripada ayat ini lahirlah pandangan sebagaimana yang diutarakan oleh ulama tabiin iaitu Imam Said bin Jubair yang telah meninggal lebih daripada seribu tahun dahulu. Beliau berkata, “Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini."
Tambahan daripada itu, ulama Islam dari kalangan sahabat-sahabat nabi dan generasi selepas mereka juga telah mengetahui, berpandukan ayat-ayat al-Quran, bahawa proses kejadian bayi melalui pelbagai tahap, bermula dengan percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan. Mereka tidak pernah mengatakan bahawa kejadian bayi bermula dengan percantuman antara air mani lelaki dengan darah haid wanita seperti yang dinyatakan oleh Aristotle. Sebagai contoh sahabat nabi Abdullah ibn Abbas berkata,
"Air lelaki telah bertemu dengan air perempuan kemudian ia bergabung dan bercantum dan selepas itu ia berubah daripada satu tahap ke satu tahap yang lain dan daripada satu keadaan ke satu keadaan yang lain dan daripada satu warna ke satu warna yang lain."
Pandangan yang sama juga telah dinyatakan oleh Imam Ikrimah, Mujahid, al-Hasan, dan Rabie’ bin Anas, seperti yang disebutkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.
Di barat pula keadaannya adalah berbeza. Pakar-pakar biologi di sana, pada abad ke-17 dan 18 Masihi, masih lagi terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mengatakan bayi telah sedia wujud dalam sperma lelaki dalam bentuk yang kecil sebelum persetubuhan berlaku. Golongan ini dikenali sebagai homunculists. Golongan kedua pula yang dikenali sebagai golongan ovists, mempercayai bayi telah sedia wujud dalam ovari wanita. Apabila persetubuhan berlaku embrio-embrio kecil ini seolah-olahnya mendapat lampu hijau untuk terus hidup dan membesar. Hal ini dilaporkan di Human Developmental Anatomy Center (Research Collections, National Museum of Health and Medicine, Washington D.C.), di http://nmhm.washingtondc.museum/collections/hdac.

Lebih menakjubkan, para sahabat juga telah mengetahui bahawa kadar hujan yang turun di muka bumi adalah sama pada setiap tahun. Hal ini adalah berdasarkan beberapa firman Allah, antaranya ayat 11 dalam surah az-Zukhruf yang bermaksud,
"Dialah yang menurunkan air dari langit mengikut kadar lalu Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati…."
Berhubung dengan ini, Ibn Kathir meriwayatkan kenyataan Abdullah ibn Abbas dan Abdullah ibn Masud yang berkata,
"Tidaklah hujan yang turun pada suatu tahun melebihi kadar hujan yang turun pada tahun-tahun yang lain."
Kenyataan mereka memang selari dengan penemuan sains moden kerana pusingan hidrologi dunia (hydrologic or water cycle) menunjukkan kadar hujan yang turun adalah sama pada setiap tahun. Hal ini disebutkan dalam Wikipedia Encyclopedia bersumberkan daripada NASA dan United States Geological Survey. Pakar-pakar menganggarkan air hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion ton setiap setahun tanpa sebarang perubahan.

Justeru, ajaran Islam berjaya membentuk minda saintifik lagi progresif di kalangan umat. Kesan daripada itu maka lahirlah saintis-saintis Muslim yang agung lagi mengagumkan. Kekaguman ini pernah disuarakan oleh seorang tokoh sains dari barat, George Sarton (1884-1956), dalam buku beliau yang bertajuk Introduction to the History of Science (Carnegie Institution of Washington Publication No. 376, Baltimore, 1927). Beliau berkata,
"Memadai rasanya jika kita sekadar menyebutkan beberapa nama tokoh Islam yang tidak ada tandingannya di barat ketika itu. Antaranya ialah Jabir ibn Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Fargani, al-Razi, Thabit ibn Qurra, al-Battani, Hunain ibn Ishaq, al-Farabi, Ibrahim ibn Sinan, al-Masudi, al-Tabari, Abul Wafa, Ali ibn Abbas, Abul Qasim, Ibn al-Jazzar, al-Biruni, Ibn Sina, Ibn Yunus, al-Kashi, Ibn al-Haitham, Ali Ibn Isa al-Ghazali, al-Zarqab dan Omar Khayyam. Inilah nama-nama yang mengagumkan dan lis ini adalah lebih panjang daripada ini. Jika ada seseorang memberitahu anda bahawa bumi Timur Tengah sebelum ini ketandusan sains, sebutkan nama-nama ini kepadanya. Kesemua mereka ini berkembang antara tahun 750 hingga 1100 Masihi."