Spread the salaam

Friday, August 17, 2012

Eid yang memberi rasa

Ulat beluncas pun berpuasa ketika berada di dalam kepompong untuk mendapatkan sayap yang cantik lalu menjadi rama-rama yang indah menawan...Sebelum itu, manusia nak tengok pun rasa geli geleman..badannya lembik, kembung, bulat dan berbulu-bulu..

Ular juga puasa untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersinar semasa proses salin kulit. Tak percaya? Cuba letak berpuluh-puluh ekor katak kat depan dia, tak dimakannya..(hiperbola je)..Sekali dia makan, proses penyalinan kulit dia akan terganggu..

Ayam pun puasa jugak..untuk dapatkan apa?? (Find it yourself)..heee..:P

Hebat impak puasa ni even dekat haiwan sekali pun...kulit bersinar, sayap menawan...

Bagaimana pula dengan manusia?? Kenapa manusia yang muslim kena puasa? Apa yang kita dapat dengan berpuasa??

Ya, kerana ia merupakan salah satu tuntutan dalam rukun Islam yang lima itu. Allah yang memberi arahan supaya berpuasa. Sudah tentu impaknya lebih hebat...Kita puasa dengan niat ikhlas kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah, kita akan mendapat 'hati' yang baru, yang lebih baik dari yang dahulu..
Walaupun mungkin kita penat, lesu, layu, lapar dan tidak bertenaga, tapi yakinlah jika kita laksanakan dengan sabar, maka Allah akan berikan yang elok-elok saja buat kita dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang kita sendiri tak sangka ganjaran yang akan kita perolehi.


Sedar tak sedar, Ramadan is on the way to the airport for departure. Really feel so calm in this holy month, but the reality is the month will leave us behind so soon. Kita cuma ada 1 hari saja lagi untuk bersama dengannya. Satu hari lagi. Macam2 rencah rasa menghempuk sanubari bagi yang berat untuk melepaskannya pergi...Bayangkan 1 bulan kita berada dalam bulan tarbiyah ini. Bulan yang sangat mendidik ini, kemudian ia akan pergi, maka kita pasti akan teruji dan diuji lagi untuk 11 bulan seterusnya..

Untuk satu hari yang masih berbaki ini, kita buat yang sehabis baik. Nak buat persediaan raya, buatlah. Jangan dibiar rumah tonggang-langgang. Tapi pandai-pandailah kita mengatur masa agar kita tidak leka. Di akhir Ramadan ini, kita minta pada Allah agar Ramadan kali ini ditamatkan dengan pengakhiran yang terbaik dan keberkatan dalam hidup untuk hari-hari yang mendatang serta  istiqamah dengan perubahan dan amalan yang kita lakukan semasa di dalam bulan yang mulia ini.

Maka mohonlah,

Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'udzubika minal sakhratika wannar,,Allahumma innaka 'afuwwun kareem tuhibbu 'afwa faa'fu 'annee. " 

Ertinya : Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, redha-Mu dan syurga, dan aku berlindung kepada-
Mu dari murka-Mu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya, engkau Maha Pengampun dan suka 
mengampunka, maka engkau ampunkanlah aku.


Di ambang Syawal 


We make takbeer from the night of Eid until the Eid prayer by saying:
Allahu Akbar, Allahu Akbar                           Allah is the Greatest, Allah is the Greatest
La ilaaha il Allah,                                                There is no deity worthy of worship except
                                                                             for Allah
Allahu Akbar, Allahu Akbar                           Allah is the Greatest, Allah is the Greatest
wa Lillahil Hamd                                                  and for Allah Alone is All Praise



Bangun pagi, mulakan dengan Solat Subuh. Siapkan apa yang patut, sarapan dulu, kemudian jom 

beramai-ramai dirikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri...tinggalkan dulu periuk belanga di dapur buat 

sementara...bagi memberi rasa sempena hari raya..

Perintah berkenaan solat sunat hari raya :-

Dari Ummi ‘Athiyah, ia berkata: “Kami diperintahkan membawa anak-anak perempuan remaja dan orang-orang yang berhaid pada dua hari raya (supaya) mereka menyaksikan kebajikan dan doa (kaum) muslimin, tetapi orang-orang haid menjauhkan diri dari tempat solat.” (Bukhari dan Muslim)
Maksudnya: Diperintahkan kaum muslimin, baik anak-anak, orang tua, lelaki atau perempuan, yang solat atau tidak solat (berhalangan) untuk menghadiri solat hari raya, tetapi bagi perempuan yang haid tidak diperbolehkan mendekati tempat solat.

Selesai bersolat dan mendengar khutbah raya, bersalaman dan ucapkanlah dengan ucapan yang terbaik seperti yang Rasulullah dan para sahabat lakukan iaitu  " Taqabbalallahu minna waminkum "  (Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu) dan bermaafan seikhlasnya..(bukan masa raya saja minta maaf, ye..). Lepas tu, nak sambung balik kerja-kerja memasak silakan..nak berziarah saudara-mara pun boleh..tapi bab pakaian dan masa bersalaman juga kita kena jaga batas. Pakailah pakaian yang terbaik (tidak semestinya baru) dan menutup aurat, bersih dan wangi. Bersalaman dengan yang 'halal' ( ibubapa, suami-isteri, anak-anak, adik beradik kita, makcik yang adik-beradik dengan ibubapa kita sahaja, pakcik yang adik-beradik dngn ibubapa kita sahaja)...yang tak 'halal' macam ipar-duai, makcik or pakcik yang bukan adik-beradik ibubapa kita dan sepupu ke dua pupu ke...
Allahua'lam....

P/S : Saya juga masih belum dalam mood raya..rasa macam nak suasana bulan2 lain pun macam Ramadan..

Oleh sebab masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin", tak apelah, sambungkan dengan ucapan " taqabbalallahu minna waminkum " pun bole - Tanyalah Ustazah TV9


Wednesday, August 8, 2012

Osem Shortfilms!

Tomato


P/S : Mengawal amarah dan memaafkan orang lain. Seperti yang disebut dalam salah satu maksud ayat dalam surah Ali-Imran : ayat 134.

Oreo 3 Plus 1


P/S : ' Love your friends as you love yourself. That is the perfect Iman. '

The Criminal


P/S : Hindari sifat hasad dengki.


Batik Conteng

A talk about Batik was held in IBS (Institute of Bioscience), on 3rd May 2012, Thursday. Batik is actually a combination of wax and colours. We were not miss the chance to try it ourselves..It was fun, interesting, enjoyable...:)












Tomyam Kung

Salam wbt..and hi!!

Okay, tomyam ni adalah makanan yang sume orang biasa makan, especially kat Malaysia lah..
Biasanya kalau nak masak tomyam ni, saya lah orang pertama dalam famili yang sukarela nak masak..sebab masak tomyam ni senang saja, tapi sedap and kaw tu belum tentu ag eh..hehe..
Okay, selama memasak tomyam ni, saya dapat rasa macam ada yang kurang...heee..



Satu hari ni, tertengoklah dekat tv ada sorang chef ni dia buat demo memasak tomyam kung...Tomyam ni ada banyak jenis..depend lah paste or perencah tomyam apa yang kita beli...ada kung, ada siam, ada tomyam putih...dan macam2 lagi...

Okeh, kat sini nak share lah sikit cmne chef tu masak..first time saya try, wahh parents saya kata sedap kakak masak..hu2..Baru saya taw, mana silapnya. Masa masak, saya terus didihkan air and masukkan paste/serbuk perencah tomyam tu, tanpa menumisnya terlebih dahulu..

Tomyam Siam Kelapa Muda

Saya jealous okay, bila dengar cerita ayah, yang dia lunch kat Tomyam Delight, KL dan dibelanja oleh tuan restoran tu jugak yang mana merupakan kawan dia sendiri...Kata ayah sedap sebab tomyam dia guna air kelapa...terliur jela saya dengar...aduhai...

Bahan2 :-

- 2 bungkus Paste tomyam siam adabi (sebab kat tempat saya ni xde paste tomyam kung, kat Melaka banyaklah sebab dulu pernah duduk sana).
- 5 ulas bawang merah kecil / 1 ulas bawang besar (di potong halus)
- 2 batang serai
- sedikit minyak ( olive/corn/minyak masak biasa pun boleh)
- sebiji kelapa muda (untuk diambil airnya)
- sedikit air kosong
- sedikit bawang goreng
-sedikit daun ketumbar (dicincang halus)
- 2 sudu susu segar (kalau tak nak pun xpa)
- Garam secukup rasa

Isi tomyam :-

- Kalau nak seafood, biarlah seafood semuanya (udang, sotong, daging ikan merah).
- Kalau nak daging/ makanan darat biarlah semuanya daging/ makanan darat (daging ayam, lembu).

Sebaiknya, x elok campur seafood and makanan darat ni sebab mereka mempunyai caj2 yang berlainan dan boleh bagi efek kat sistem penghadaman kita...

- Sayur-sayuran (sila makan seimbang, okay)- lobak merah, jagung kecik, cendawan, kobis bunga, tomato dan apa2 saja yang sesuai.

Cara2nya :-

1.Tumiskan bawang merah/ bawang besar dan 2 batang serai dengan sedikit minyak. Tunggu sehingga naik bau wangi.

2. Masukkan 2 bungkus paste tomyam..dan tumis sekali..(jika perencah tomyam dalam bentuk serbuk, sila bancuh dulu dengan sedikit air). Tumis sehingga harum dan kelihatan kering sedikit, tapi jangan sampai HANGIT!

3. Masukkan air kelapa (1 biji, tapi tengoklah kapasiti orang yang nak makan. Kalau ramai/ big family masuk 2 or 3 biji pun xpa). Kacau kejap.

4. Masukkan isi2 tomyam seperti di atas. Ikut suka nak banyak mana. Masukkan sedikit air kosong untuk tambah kuah.

5. Hiriskan cili padi dan masukkan dalam masakan (kalau suka pedas, masukkan lebih sikit). Lepas tu, biarkan tomyam sehingga mendidih dan masak.

6. Masukkan garam secukup rasa dan 2 sudu susu segar (kalau x nak, xpe).

7. Tutup api dapur...Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebagai penambah rasa dan pembuka selera.

Dah siap...selamat mencuba! Jangan lupa baca bismillah sebelum mula masak :)

Tuesday, August 7, 2012

" Hantu semprit "

Salam and Hi...

Oraite today, miss chef wanna to share a new recipe on how to make fluffy ' semperit '...since I love 'semprit' sooo much, I do find different recipes to make the best semperit..ookayy, just now I watched WHI then, I got this one...resepi semperit yg berbeza dari yang saya pernah buat tahun lepas...Makk aii, susah buat tahun lps,,siap guna mixer ag...huhu...tapi kali ini uli gune tangan suda~




Resepinya :-

- 3 biji kuning telur (yang direbus dulu)
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 cawan tepung kastard ( ni x leh byk2 sngt, nnti keras semperit kita ni, tapi depend jgk, klo asyik pecah je kuih tu, tambahlah sikit ag).
- 1/2 cawan tepung gandum (saya guna cap bunga cempaka, xde peluntur, mmng colour gandum, he2)
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan mentega/ buttercup/ planta/ majerin (sedap gune buttercup, hu2)
- sedikit garam (nak adakan rasa lemak2 sikit).

Cara2nya :-

1. Lenyekkan 3 biji kuning telur rebus dengan gula halus tu..
2. Pastu, masukkan sume tepung2 di atas (jagung, gandum, kastard) sedikit garam dan masukkan sekali buttercup 1 cawan tu..(bole letak sikit esen vanila demi menyahkan bau telur).
3. Gaul hingga sebati, tapi x perlu 'over' sangat sebab semperit ni sensitif..
4. Masukkan doh ni dalam pencetak nk guna bentuk dahlia pun boleh, nk guna yang straight pun boleh ikut suka hati...pastu bole sje nk hiaskan semperit tu dengan cherry, chocolate rice, colourful rice, or chocolate chips or crushed almond..
5. Pastu, bakar dlm oven. Suhu ikut suke..ehh, no! I'm kidding..Suhu sekitar 150C dalam masa 15-20 minit...

Okey, tutup dapur dah...selamat mencuba..kbai!

Monday, August 6, 2012

Tasbih Kaffarah Sesudah 'meeting'.


Dulu tak paham kenapa baca tasbih ni di akhir majlis or meeting ke,,maksud ayat ini adalah "Maha Suci engkau Ya Allah,aku memujiMu dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu”





Kita panggil tasbih kaffarah atau 'penebus dosa'...ayat ni dibaca ketika mengakhiri majlis bertujuan memohon ampun pd Allah atas kesilapan2 yg dilakukan spnjng majlis itu berlangsung...slmt beramal..:)

Allahu'alam..

Menjadi Diriku


Tak seperti bintang di langit,
Tak seperti indah pelangi,
Kerna diriku bukanlah mereka,
Ku apa adanya....

Wajahku kan memang begini,
Sikapku jelas tak sempurna,
Ku akui ku bukanlah mereka,
Ku apa adanya....

Menjadi diriku,
Dengan segala kekurangan,
Menjadi diriku,
Ats kelebihan ku...

Terimalah aku,
Seperti apa adanya,
Aku hanya insan biasa,
Tak mungkin sempurna...

Tetap ku bangga,
Atas apa yang ku punya,
Setiap waktu ku nikmati,
Anugerah hidup yang ku miliki...


P/S : Manusia memang tidak sempurna. Tapi diseru untuk ke arah kesempurnaan itu dengan mencontohi mereka yang lebih baik.
Sikap kita kan memang tak sempurna, tapi kita boleh mencontohi yang sempurna.

' Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah'

{Al-Ahzab, ayat 21}

Menjadi diri sendiri, tetapi yang lebih baik.

-Practice makes perfect-

:-D