Spread the salaam

Sunday, July 29, 2012

Myfirstnovelever- to be.

Bismillah..

Ish, bosan..ya memang saya agak mati kutu lah musim cuti semester ini. Contact dengan rakan-rakan pun melalui alam maya sahaja. Oohh, tidak puas mahu bercerita, berkongsi rasa dan bertukar idea. Maka saya mencarilah kot2 ada ruang kerja untuk orang semacam saya. Alhamdulilah ada kerja. Kerja yang 6 hari sahaja. Membantu guru cover satu silibus saja dalam subjek Biologi semasa kelas malam di sekolahku yang tercinta. 

Lepas tu, saya sambung menukil lagi cerita yang masih banyak lagi baki yang tersisa. Microsoft word yang menyimpan data segala tinta kering saya yang belum habis itu dipinta untuk segera dihabiskan.

"Cepatlah taip aku, wahai Baiti! " Kata keyboard meronta-ronta. Tapi saya rileks sahaja. Memang mahu ditukul, baru akan memahat..alahai.

Read more, learn more, write more.

I'm still working hard on my first novel. Still in progress. Memang menulis x semudah membaca. Idea diperah, bukan seperti memerah santan, huhu..Tapi saya suka...suka mencuba tatkala kebosanan tiba.

Cerita pertama yang saya pernah tulis dahulu bertajuk ' Warna-warna Kehidupan '. Temanya fasal sahabat.  Masa itu di tingkatan 3. Bosan pertama selepas PMR..hehe..Tapi itu hanya cerpen pendek yang menjadi simpanan saya sendiri. Masa ni malu nak tunjuk kat ummi dan ayah.

Cerita kedua, bertajuk 'Apresiasi'...Hah, yang ni barulah saya start beritahu parents. Ayah kata dia sudi menjadi editornya. Idea datang bertimpa, sayangnya di saat semester telah dibuka. Jadi, sudah sibuk dengan segala kerja and bla2..hmm, memang lama lah pendingnya..

Bila cuti tiba semula, saya baru teringat, lah, ceritanya belum habis...saya stop dah sampai bab 7..tapi nak tulis balik bab 8 tu, berhari2 cari ilham..bende apalah yang mahu aku sambung. Memang blank lah. Ouch, I'm stuck on some point here. Fikir punya fikir, datang idea yang baru. Keyboard pun menari gembira, " Tuan aku nak tulis cerita baru, " katanya.

Maka, tajuk yang sedang dalam penulisan saya ini adalah " Nun Di Berbatuan Biru ". 



Baitul Yasmeen adalah nama pena yang saya pilih. Sahabat adalah tema yang tidak pernah penat saya cuba menulisnya. Cuma bezanya, sahabat dalam novel ini istimewa, kisah kembar seiras yang tidak sehati sejiwa, tapi banyak peristiwa2 yang mereka lalui bersama walau berbeza cara dan gaya, yang akhirnya, membawa separuh hati itu rela dipindahkan kepada hati yang satu lagi. InsyaAllah, doakan saya diberi kekuatan untuk menaip tinta yang kering ini hingga habisnya. Ameen! Bila itu, saya sendiri sedang berusaha :)

Tajuk lain untuk ditulis lagi dalam senarai :-

2. Horizon Biru Jingga - Kisah tentang pilot muslim dan pelbagai rencah rasa dunia penerbangan.

3. Bivalvia Hijau - kisah tentang pasukan perubatan Helang Merah yang muncul sebagai pasukan terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat umum terutamanya. Pelbagai pengalaman mereka kutip hasil sepak terajang pentadbiran Hospital Tun Sarjana yang diterajui oleh seseorang yang tempang etika dan budaya kerjanya.



Doakan saya untuk yang pertama itu dulu. 

Mutiara kata : " Bagi saya, menulis adalah satu ibadah sebagaimana kerja-kerja lain yang wujud di dunia ini. Menulis adalah untuk mendidik masarakat ke arah kehidupan yang lebih baik, " Puan Nurulsham Saidin, Novelis Dingin Salju Indiana. Karyanya begitu menampar saya!

Friday, July 27, 2012

Ahsanu 'amala


Amalan yang terbaik!




Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang terbaik amalnya, dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun [ Al-Mulk, ayat 2].


Hari-hari yang berlalu, menjadi kemestian semasa zaman sekolah di asrama dahulu setiap kali sebelum tidur malam, kami membaca surah Al-Mulk beramai2 dan alhamdulillah, ia sudah menjadi kebiasaan yang saya terbawa-bawa sehingga sekarang, tapi adakalanya, saya ter miss juga dari membacanya. Apa yang saya ingin katakan di sini adalah meskipun saya ada membaca maksud setiap ayat dalam surah ini, tapi ia bagaikan angin lalu saja. Sebelum ini, saya langsung tidak terfikir untuk memikirkan sedalam2nya berkenaan makna perkataan yang saya 'highlight' dalam ayat di atas. Apa dia? Terbaik! Ya, terbaik! Budak2 sekarang ni suka sebut 'terbaekkkk!' Ahsanu 'amala, terbaik amalnya.


Bagi saya daripada pembacaan saya sebelum ini menerusi karya Ahsanu bukan Aksaru? Karya Hilal Asyraf dalam bukunya Batu-Bata Kehidupan, ayat ini memperkatakan berkenaan dengan aspek penilaian yang bagaimana yang Allah pandang. Allah mengatakan bahawa penerimaan sesuatu ibadah itu atau amalan yang dilakukan oleh hamba2-Nya adalah berdasarkan kualitinya berbanding kuantitinya. 

Berdasarkan sebuah hadith, yang diriwayatkan oleh An Nasai, Rasulullah telah mengatakan bahawa di hadapannya akan lalu seorang ahli syurga. Hal ini berlaku sebanyak tiga kali dan orang yang sama juga yang lalu di hadapan Baginda. Maka salah seorang sahabat teringin tahu amal apa yang telah dilakukan sehinggakan dijamin oleh baginda bahawa sahabat tadi masuk syurga.


Maka setelah diselidiki, amal lelaki itu tidaklah banyak mana. Tidak nampak pun sahabat ini bangun untuk berqiamulail dan tiada apa-apa amalan yang istimewa secara zahirnya. Lalu ditanya kepada sahabat ini, apakah yang telah beliau lakukan sehingga dikatakan oleh Rasulullah bahawa beliau adalah ahli syurga.
Maka sahabat itu menjawab bahawa dirinya tidaklah mempunyai apa-apa amalan yang istimewa melainkan dalam hatinya tidak ada sedikit pun rasa hasad dan bersangka buruk kepada saudara muslim yang lain
Lihat, betapa hanya dengan rasa yang seikhlas itu lelaki itu mendapat ganjaran yang sangat besar iaitu syurga. Ya, syurga! Ganjaran yang bukan sembarangan. Bukan senang sebenarnya mahu mendidik hati ini untuk menjadi sebaik mungkin dan lari dari dihinggapi rasa mazmumah walaupun sedikit seperti hasad dengki dan sebagainya kerana kita sentiasa berhadapan dengan persekitaran dan pengaruh yang mempunyai pelbagai rencah rasa sama ada baik mahu pun tidak baik.
Samalah juga ceritanya dalam bulan Ramadan Kareem ini yang sinonim dengan solat sunat terawih. Bilangan rakaat tidak menjadi ukuran sama ada 20 mahupun 8. Selagi mana kita lakukan bilangan rakaat itu dengan hati yang suka, tenang, gembira dan khusyuk, insyaAllah selagi itulah ibadah yang kita kerjakan akan menjadi yang terbaik. Terbaik bukan pada bilangan, tapi pada kualiti dan mutu amalan yang kita lakukan.


Begitu juga halnya dalam menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh sebulan Ramadan ini. Tiada salahnya bagi yang mampu membacanya dengan tajwid yang molek, tartil dan tidak tergopoh-gapah serta memahami apakah misi yang Al-Quran mahu sampaikan dalam kehidupan manusia. Go ahead for that. Bagi yang tidak mampu, buat setakat mana yang boleh dan terbaik paling penting ianya berterusan. 


Samalah halnya dalam amalan2 yang lain seperti bersedekah, menuntut ilmu dan lain2.
Yang Terbaik berbanding Terbanyak. Lebih baik, jika yang banyak itu juga, semuanya menjadi terbaik.
Quality come first.
Allahu'alam.


Thursday, July 19, 2012

Reflection : News to Friends


I feel this is a very sad story
Friends, it’s a pity you are not by my side
There are many stories you have to witness
In this parched and stony land.


My body is shaken by the hard road
My heart is trembling
Looking at the dried grass
The road is also being my witness.

As the little shepherd boy crying sadly
Hey friend,
Listen to his reply
When I ask him ‘’why’’ ?
His parents have died long ago
Swallowed by the natural disaster of this land

When I reached the sea
I told all of them
To the coral
To the wave
To the sun
But all them were silent
All of them were tongue tied.

Leaving me alone to stare at the sky
Maybe I can find the answer there
Why this land always suffered from calamity.

Maybe Allah is ‘bored’ with our behavior
Of our wrong deeds and how we are proud of our sins
Maybe nature is reluctant to be our friend again
Let us ask the swaying grass.

All in all
Repentance is just the way
When we are still breathing
To return to Allah
 For being a righteous slave…


Month of blessing,
Ramadan Kareeem :)

Saturday, July 7, 2012

Odyssey : Bring heart closer to earth's Creator

" Katakanlah, "Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir (Allah membangkitkan manusia setelah mati kelak di akhirat). Sungguh, Allah maha kuasa atas segala sesuatu " - Al-'Ankabut, ayat 20.

Flash back....
My friend : kau nk jdi ape nnti besar?
Me : Hmm, aku nk jdi pengembara lah....
My friend : Eh, same lah kita!
...............................................................................................................................................
Itu antara dialog saya n kawan sye mse kami lunch sme2 kat kafe di kampus satu hari yang lalu...


Setiap hari, selama Allah izinkan saya untuk bernafas, sye berasa sngt2 bersyukur, sbb selama itulah sye masih mmpunyai masa untuk buat perkara yg nak sangat saya buat dlm hidup...alhamdulillah! Yup, jika diizinkan Allah, sye nk pusing satu dunia ni!...hehe..byk sngt tempat2 yg menarik yg Allah jadikan kat Bumi ni untuk kite sme2 mentadabbur alam ni...setiap tempat yg Allah jadikan mmpunyai keistimewaan tersendiri dan permukaan bumi yg berbeza2...subhanallah...bagi sye lah, hati akan rse lebih dekat dngn Allah bile kita saksikan sendiri keindahan alam ini...sbb dlm proses kite berjalan, menikmati alam, secara x langsung kite akan rasa kagum, kite rasa diri kite ini kerdil dan perlu Allah dlm setiap saat hidup kite...

Baru2 ni, saya memberitahu ummi saya yg saya berhasrat untuk melawat negeri di bawah bayu...Tapi ummi x membenarkan jika saya mahu pergi ke sana dalam masa yg terdekat ini..Saya dah lama simpan hasrat ni, saya nak lihat kembali tempat di mana saya main kecik2 dlu...lebih kurang17 tahun kot saya x pernah jejak ke Kota Kinabalu, Sabah selepas kembali ke semenanjung. Seingat saya, parents selalu bawa saya dan abang saya jalan2 ke Tanjung Rhu..Kemudian, ke Kundasang yg merupakan kawasan tanah tinggi yang begitu nyaman, tenang, hijau, dan sejukk! Lebih seronok berbanding di Genting dan Cameron..Tapi, kali ini saya insyaAllah akan pergi bersama rakan2...saya fikir, masa bergelar 'student' inilah merupakan 'prime time' untuk melakukan kerja2 kembara ni...kalau zaman sekolah dlu, parents lah yg buat segala 'plan' bagi memenuhi musim cuti sekolah...tpi kali ini biarlah 'I do my own plan' disebabkn masa lapang saya sudah x sama dngn masa cuti mereka...setakat ini ape yang saya cadangkan adalah selepas tamat final semester (end of my bachelor).hehe..InsyaAllah :)...so, we have to start collecting money from now! Maybe on that time, we all already get a steady financial supply..:)


Kawasan Kundasang..Sejuk saja mata memandang! :)


Saya rasa ramai yg kenal dengan puncak ini....



Inilah puncak Gunung Kinabalu (Lows Peak setinggi 4095.2 meter). Gunung Kinabalu ini terletak hampir dengan kawasan tanah tinggi Kundasang...Saya nk sngt sampai kat atas ni...sbb dlu mse sye dlm usia 3 or 4 tahun sye mampu tinggal kat kaki gunung je sementara menunggu ayah saye and his team naik sampai puncak...If I can reach the peak once in life, it's more than enough :)

Inilah gambar ayah saya ketika berada di puncak Kinabalu dlm thun 1993 or 1994....
















Saya tahu bukan senang melakukan aktiviti mendaki gunung ni...banyak perkara kene persediaan awal, dari aspek fizikal, mental dan rohani...ketiga2nya mesti kuat dan seimbang....'fitness exercise' yang cukup kerana pendaki akan mendaki di pelbagai keadaan bentuk muka bumi...di samping persediaan yang lain seperti pakaian tebal, baju hujan dan bekalan makanan yg dpt memberi tenaga dengan segera dan ubat2an..Perlu mengetahui tentang AMS (Acute Mountain Sickness) dan cara2 mengatasinya...Gunung Kinabalu ini dikategorikan sebagai gunung ber altitude tinggi (12000 - 18000 feet meters), maka risiko untuk mengelaminya tinggi dan kesan setiap individu tu berbeza2...ade yg biasa2 sje n ade yg teruk...


Selain itu, pendakian ini juga dapat mengajar pendaki agar peka terhadap masa dan keselamatan...Berada di atas gunung, faktor masa sangat penting, sama ada untuk memulakan pendakian ke puncak, mahupun untuk turun semula dari puncak kerana faktor kabus yg mampu menghadkan jarak penglihatan menyebabkan kesukaran untuk bergerak...jadi, jika kita berhasrat untuk mendaki dengan baik, ikut saja arahan yg diberikan oleh juru pandu yg lebih berpengalaman... 

Pendakian menuju ke puncak mesti menggunakan tali, kerana pendaki terpaksa  menempuh permukaan gunung yg hampir menegak...

Lakukan pendakian mengikut kemampuan...xpe slow2..klo x mampu berehat dahulu..
Permukaan mendatar di bahagian puncak gunung kinabalu...

Pendakian gunung bukanlah sesuatu yang mudah..Sememangnya penat dan tercungap-cungap...perlukan kesabaran yang teramatlah tinggi kerana mengambil masa yg panjang dan tenaga yang byk, disamping berdoa kpd Allah agar segalanya selamat dan berjalan lancar...

 

Thursday, July 5, 2012

Dejavu dan " Qulub ya' qiluuna bihaa "

Subhanallah! Itu satu2nye kalimah yg secara spontan mampu keluar dari peti suara saya tatkala berjaya menemukan semula artikel ini...susah jgk mencari artikel ini...sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh pensyarah saya sewaktu dlm kelas falsafah sains...sewaktu menuntut di tahun satu Bacelor Biology. Hairannya, saya mampu bertahan sewaktu kuliah ini walau diberi masa 3 jam sekalipun, tpi bila masuk kuliah subjek2 Biology, dari 2 jam, saya hanya mampu bertahan 1 jam awal sahaja...Ish2!

Ape yang membawa saya untuk cari balik artikel ini adalah kerana saya telah menonton drama DEJAVU Di Kinabalu...wahhh, rindu plk Kinabalu tanah kelahiranku...ehhmm, okay, forget it..not the core business :P...Mula2 saya tertarik dengan 'word' DEJAVU...(tambah satu glosari dalam buku 555), maka mencarilah saya akan maksud perkataan itu...ape yang saya jumpa?? Ni dia...

Deja vu berasal dari kata Perancis yang bererti “telah melihat“. Kata ini mempunyai beberapa turunan dan variasi seperti deja vecu (telah mengalami), deja senti (telah memikirkan) dan deja visite (telah mengunjungi). Nama Deja Vu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuwan Perancis bernama Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini tahun pada 1876.


Dalam erti kata lain, Dejavu ni merupakan misteri otak manusia...sbb ape saya kata gitu, sbb dari segi maknanye, ia berkaitan dengan memori...memori adalah sesuatu yg berkaitan dengan kita tentang perkara yang pernah kita lalui ataupun belum ag, tpi mcm pernah dilalui...ala2 fenomena familiar begitu...dan bila kita sebut pasal memori ni, automatik kita akan terpikir organ yg bertanggungjwb tntg tugas2 memori atau ingatn ini adalah otak...taaapiii, 

Bila saya tengok drama ni, dari jalan cite die, adalah berkaitan dengan jantung....itu sebenarnya yg menarik perhatian saya, bknlah sbb drama ni drama pasal cinta...that's another thing, I think...tpi ape yg buat saye fikir adalah pasal transplant jantung dan peristiwa2 yg berlaku slps tu terhdp watak yg mengalaminya...Then, ape kaitan organ jantung ni dengan mksud dejavu itu tdi? Dejavu lebih menjurus kpd memori atau ingatan, pernah lalui, tpi jantung? adakah jantung jugak punye tugas tentang memori atau ingatan?


Flash back......( 2 tahun yang lalu, saya pernah dengar cerita yg lebih kurang persis seperti drama di atas)........Mari baca artikel ini...





Marilah kita bersama-sama merenungi kisah menarik yang akan disebut di sini, yang dipetik menerusi Daily Mail bertarikh 10 April 2008 yang lepas. Kisah ini ialah kisah pemindahan jantung yang dijalankan 12 tahun yang lalu di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Pesakit jantung tersebut bernama Sonny Graham. Beliau seorang yang baik hati serta hidup dalam kehidupan penuh disiplin. Beliau mudah membantu jiran dan masyarakat apabila pertolongannya diperlukan.

Mr. Graham, pesakit tersebut menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri. Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa. Apabila sembuh, beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih. Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu. Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Mr. Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut. Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama. Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin. Mereka hidup mewah di sebuah banglo mewah.

Suatu perkara yang ganjil telah berlaku pada diri Mr. Graham. Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri. Menurut isteri yang baru dikahwininya, perangai Mr. Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu. Kegemaran buruk bekas suaminya dulu diikuti oleh suami barunya itu. Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa. Akhirnya, beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya itu. Lalu matilah Mr. Graham dalam keadaan yang sama dengan penderma jantungnya itu.

Para saintis psikoanalisis berasa takjub apabila mengkaji kes ini. Kes ini bukan kes terpencil kerana beberapa kes lain yang direkod mempunyai persamaan dengan kes ini. Satu persoalan yang timbul ialah: Adakah peristiwa ini berlaku secara kebetulan dengan peristiwa penderma jantungnya dahulu, atau, kedua-dua peristiwa tersebut ada kaitannya? Adakah jantung mempunyai sel memori yang masih merakamkan pita penderma asalnya lalu dipindahkan kepada penerima jantung baru.

Mengikut fahaman positifisme Barat, jantung hanyalah satu organ biasa yang tidak berfungsi untuk berfikir atau mempunyai sebarang peranan dengan ingatan. Adakah pandangan itu benar?

Sekarang marilah pula kita merenungi sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:

“Apakah mereka tidak berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan jantung hati mereka berfikir dengannya, atau telinga mereka mendengar dengannya, Maka sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah jantung hati mereka yang berada di dada” (al-Hajj, 46).

Dalam ayat di atas disebut “Qulub ya`qiluna biha” yakni jantung hati yang tidak berfikir dengannya (yakni jantung). Indikasi bahawa jantung (atau kalbu) yang berfikir tidak pernah disebut dalam mana-mana pemikiran manusia, akan tetapi al-Qur’an menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir. Para saintis sebelum ini berbendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak, bukan organ lain, khususnya jantung. Namun al-Qur’an menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan dilakukan oleh hati.


Para pasikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan sel memori otak, akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung. Dalam masyarakat Melayu, qalbu dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai hati tetapi penterjemahan yang sebenarnya ialah jantung.

Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak. Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak. Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan yang lainnya membentuk apa yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.

Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah. Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut. Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks tindakbalas kimia, asid amino dan gelombang elektrik.

Pendengar yang budiman boleh merujuk tulisan seorang pengkaji Amerika yang bernama Rolin MacCarty daripada Institut HeartMath untuk maklumat yang lebih lanjut tentang perkara ini.

Seorang professor University of Hawaii yang bernama Paul Peasall turut mengkaji aspek psikoanalisis berkaitan dengan pemindahan jantung untuk menguatkan lagi penemuan sel memori dalam jantung manusia. Pendengar yang budiman boleh mendapat maklumat lanjut menerusi bukunya yang bertajuk The Heart’s Code terbitan Broadway.

Dalam kes lain yang dilaporkan professor tersebut, seorang pemuda penggubah lagu menerusi muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebaya. Secara tiba-tiba pemudi tersebut menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu. Lebih menyayatkan hati, lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemudi penerima jantung tersebut. Apabila ibu pemuda mendengar lagu yang dimainkan pemudi tersebut, tiba-tiba menangis sedih kesayuan apabila mendapati lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.

Inilah kisahnya, panjangkan? tapi kalau diceritakan melalui lisan pendek jdinya...so, sabar la dlm membacanya melalui tulisan..:)...Jadi, persoalan saya tadi dah pun terjwab, yes, jantung jgk ada sel memori yg kuat... 

Tapi, takkan selamanya kita mahu membiarkan diri kita (jika ada mengalami transplant jantung) dipengaruhi oleh sifat yang sudah sedia terbentuk di dalam pita rakaman jantung tersebut? Jika pengaruhnya membawa ke arah sikap yang lebih positif itu tidak mengapa, tapi kalau negatif bagaimana? Bagaimana mahu mendidik jantung hati yang baru itu? 

Allahu'alam.


Wednesday, July 4, 2012

Whose Child Is This





"Whose Child is This?" I asked one day
Seeing a little one out a play
"Mine," said the parent with a tender smile
"Mine," to keep a little while
To bathe her hands and comb her hair
To tell her what she is to wear
To prepare her what she may always be good
And each day do the things she should"

"Whose child is this?" I asked again
As the door opened and someone came in
"Mine", said the teacher with the same tender smile
"Mine to keep just for a little while
To teach her how to be gentle and kind
To train and direct her dear little mind
To help her live by every rule
And get the best she can from school"

"Whose child is this?" I asked once more
Just as the little one entered the door
"Ours" said the parent and the teacher as they smiled
And each took the hand of the child
"Ours to love and train together
Ours this blessed task forever."