Assalamu a'laikum w.b.t...
nite2,,,everybody!!!actually d nite is still young!!!of course not d suitable time 2 go sleep...emmm,,bosan2 ni,,tetibe plk terbelek mjlh2 lame...maka terjumpelah kisah......................................................................
Kisaran angin dalam al-quran
Oleh
Mariam Rashid
Taufan Katrina yg memusnahkan New Orlens pada 29 Ogos 2005
Didalam ekosistem akuatik dan daratan, faktor biotik memerlukan faktor abiotik untuk meneruskan kehidupan. Faktor abiotik adalah unsur-unsur 'bukan hidup' iaitu air, udara. dan cahaya suria. Manakala faktor biotik merujuk kepada unsur-unsur `hidup' iaitu manusia, haiwan, tumbuhtumbuhan dan bakteria. Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya suria dan karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis. Manusia dan haiwan pula memerlukan oksigen bagi proses pernafasan. Faktor abiotik boleh menyebabkan kematian terhadap faktor biotik. Contohnya banjir, ribut taufan, ribut salji dan kemarau akan memusnahkan tumbuh tumbuhan dan mengorbankan nyawa manusia.
Terdapat beberapa ayat Quran yang membuktikan bahawa angin (udara yang bergerak) adalah salah satu daripada parameter abiotik yang mempengaruhi persekitaran.
SurahAl-Araaf (7: 57), Al-Furqaan (25:4 dan Ar Ruum (30: 4 menunjukkan peranan angin dalam proses pengumpulan awan. Dalam Surah Al Hijr (15: 22) pula, angin membantu dalam proses pendebungaan dan penyebaran biji benih. Surah Yunus (10: 22), Ar Ruum (30: 46) dan Asy Syura (42: 33) memberi gambaran tentang peranan angin dalam pelayaran kapal. Sebaliknya, Surah Al-Ahqaaf (46:21-25) menceritakan tentang kehancuran kaum Aad yang menolak ajaran Islam. Ekoran daripada tindakan yang mencabar Nbi Hud a.s., Allah SWT telah menurunkan ribut pasir, lalu mereka mati dalam timbunan pasir itu.
Surah Al Jaatsiyah (45: 5) memberi gambaran tentang fenomena kisaran angin:
Dan pada penggantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan. Allah dari langit sebagai rezeki, lalu Dia menghidupkan dengannya bumi sesudah matinya, dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaurn yang berakal.
Kisaran angin terbahagi kepada. 3 kategori:
1. Kisaran angin Skala mikro
Kategori ini tidak membawa bencana. la terdiri daripada sejenis kisaran, dinamakan eddy. Apabila angin bergerak secara horizontal pads julat kelajuan 15 - 25 batu nautika/jam bertembung dengan rumah-rumah, bangunan tinggi, bukit bukau dan gunung-ganang, aliran angin akan melengkung lalu mernbentuk berjuta-juta kisaran kecil. Kelajuan maksimum yang pernah direkodkan adalah 50 batu nautika/jam.
Pada. hari yang panas, udara akan naik ke altitud yang lebih tinggi akibat proses perolakan. Apabila lebih banyak aliran udara horizontal pada altitud tinggi, maka eddy turut terbentuk pada paras tinggi. Tetapi eddy tidak berkaitan dengan proses pengumpulan awan. Bayangkan anda sedang berada dalam. pesawat. Tiba -tiba anda terasa yang pesawat itu beralun naik turun (bumpy) beberapa kali. Anda, tidak'perlu panik kerana ketika itu pesawat sedang memasuki 'poket-poket udara'" iaitu sejenis eddy yang terbentuk pada altitud tinggi. Bagaimanapun, saintis tidak dapat membuktikan yang 'poket udara' boleh mengakibatkan.pesawat hilang kawalan lalu terhempas..
2. Kisaran angina askala makro
Kategori ini terbahagi kepada 3 jenis kisaran yang membawa bencana iaitu puting beliung, ribut taufan dan ribut pasir. Ada kala kita tersilap menggunakan istilah puting beliung dan rebut taufan. Contohnya, Durian yang menghentarm Filipina adalah sejenis ribut taufan, bukannya puting beliung.
Proses pembentukan puting. beliung berpunca dari tanah lapang yang panas manakala taufan bermula dari permukaan laut yang panas. Fenomena pemanasan global turut mempercepatkan proses pembentukan puting beliung dan taufan.
Apabila tanah lapang menjadi panas, udara akan bergerak ke aras yang lebih tinggi. Proses ini dinamakan perolakan udara. Lama-kelamaan, pergerakan udara secara vertikal ke atas tadi akan berkumpul, lalu membentuk suatu kisaran berbentuk seperti corong. Hujung yang meruncing akan menyentuh bumi dan menyedut pelbagai jenis serpihan, habuk dan pasir. Halaju purata puting beliung adalah 60 - 275 batu nautika/jam dan diameternya adalah 100 - 600 meter. Bahagian tengahnya berongga dan dinding luarnya akan menghentam pokok, bangunan dan sebarang objek yang dihampirinya. Saiznya yang lebih kecil daripada taufan membolehkannya berputar dengan lebih laju dan mengakibatkan kemusnahan yang lebih teruk. Tempoh kisarannya lebih kurang 4 jam.
Terdapat suatu insiden di Alabama (1977) di mana puting beliung telah menyebabkan ikan dan katak tercampak keluar dari kolam. Anak-anak ayam menjadi 'botak' (tercabut bulu) akibat perubahan tekanan yang mendadak dan halaju putaran mencapai ke tahap maksima. Lazimnya, bencana itu berlaku pada awal musim bunga kerana perubahan suhu dan tekanan udara ketika proses peralihan musim. Ia sering terjadi di bahagian tengah Amerika Syarikat, iaitu di daerah Alabama, Georgia, Tennesee, Indiana, Illinois dan Ohio.
Pembentukan ribut taufan turut berasal dari proses perolakan udara. Apabila permukaan lautan menjadi panas,. Molekul molekul udara yang ringan dan bertenaga kinetik: yang tinggi akan mengalir ke aras yang tinggi. secara. vertikal. Disebabkan lautan mempunyai luas permukaan yang lebih besar, proses perolakan berlaku dengan lebih luas, lalu membentuk sebuah kisaran angin yang leper, berdiameter 100 - 500 km. Saiz yang besar menghalang ribut taufan daripada berputar laju, yang mana halaju putarannya adalah 25 - 100 batu nautika/jam. Ia membawa hujan lebat yang berterusan, air laut melimpah ke daratan dan banjir yang lambat surut, berbeza dengan puting beliung yang tidak membawa hujan lebat.
Taufan terbentuk dari perairan yang berhampiran dengan Khatulistiwa, lazimnya pada akhir musim panas dan awal musim luruh. Contohnya; taufan Allen menghentam selatan Texas pada 10 Ogos 1980. Alicia membelasah selatan. Texas pada 18 Ogos 1983 manakala Katrina membedal New Orleans pada 29 Ogos 2005.
Ribut pasir hanya berlaku di kawasan gurun. Apabila permukaan tanah menjadi panas, proses perolakan akan berlaku lalu menghasilkan perbezaan tekanan udara yang mendadak- Kisaran yang terbentuk akan menarik partikel pasir dan habuk ke dalam sistem itu. Bagaimanapun, ribut pasir tidak mempunyai bentuk yang konsisten. Halaju purata adalah 75 batu nautika/jarn dan berdiameter kurang dari 10 meter.
3. Arus Lautan
Angin yang memukul permukaan laut adalah ombak manakala angin yang menggerakkan air dalam laut dinamakan arus. Pergerakan arus adalah perlahan kerana wujudnya geseran antara angin dan air. Halaju arus cuma beberapa kilometer bagi satu jam.
Terdapat 11 jenis arus panas dan 11 jenis arus sejuk yang bergerak secara horizontal dalam lautan. Apabila arus panas bertemu dengan arus sejuk, kawasan pertemuan itu menjadi produktif. Misalnya, Arus Sejuk Labrador dari Kanada bertemu dengan Arus Panas Gulf dari wilayah selatan Amerika Syarikat di perairan Carolina Utara dan Selatan telah menghasilkan kawasan terumbu karang yang kaya dengan pelbagai hidupan akuatik. Pertemuan Arus Sejuk Humbolt (Peru) dan Arus Panas Selatan Khatulistiwa (Amerika Selatan) telah menghasilkan sebuah zon yang kaya dengan pelbagai spesies akuatik yang menjadi punca pendapatan utama bagi nelayan Peru.
Aliran vertical pula membantu mempercepatkan proses percampuran lapisan air, dari lapisan bawah naik ke permukaan laut. Tindakan ini menyebabkan kandungan nutrien, mineral dan oksigen terlarut mengalami percampuran yang sekata, lantaran membentuk perairan dengan kepelbagaian spesies yang menjadi sumber makanan manusia. Perairan yang berarus kuat tidak sesuai untuk aktiviti berenang atau menyelam skuba kerana arus berupaya untuk menghanyutkan manusia atau mati lemas.
Apa yang jelas, kisaran angin mendatangkan kebaikan serta keburukan. Walau apapun, adalah berdosa untuk mencela kesan buruk yang berlaku akibat fenomena tersebut. Anggaplah bencana yang berlaku sebagai peringatan atau amaran dari Allah SWT. Adakalanya sesuatu musibah yang berlaku akan menyebabkan manusia menginsafi segala kemungkaran yang telah dilakukan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,
"Hembusan angin adalah rahmat Allah, adakala mendatangkan rahmat dan adakala mendatangkan seksa. Apabila kalian. merasakannya, janganlah kalian memakinya, tetapi mintalah pada Allah kebaikan angin tersebut dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya." (Di riwayatkan oleh Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Majah)....
sama2lah kite ambil pljrn drpd kisah2 di dalam AL-Quran ini...bnyk rupe2nye kisah2 yg menarik di dlmnye....insyaAllah,,,selagi ade mse,,,selagi itulh kite sempat menghayatinya....wallahualam...wassalam...=D
No comments:
Post a Comment