Spread the salaam

Thursday, August 18, 2011

Kisah Seorang Guru & Seorang Murid Tadika....


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu. 

Guru tadika : Pen ada kan ? 

Murid-murid : Ada cikgu.  

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..   

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? 

Murid-murid : tak nampak cikgu. 

Guru tadika : pen ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikgu. 

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? 

Murid-murid : tak nampak cikgu. 

Guru tadika : Tuhan ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikgu.   

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...   

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan. 

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? 

Murid-murid : nampak. 

Amin : cikgu ada kan ? 

Murid-murid : ada. 

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? 

Murid-murid : tak nampak. 

Amin : cikgu ada otak tak? 

Murid-murid : tak ada. 

p/s: kanak-kanak tadika ibarat saintis, yang mana setiap hujah perlu disertakan dengan bukti empirikal. Namun, sebagai saintis Islam, ada perkara yg tak dapat dibuktikan secara saintifik, (especially perkara metafizik/ghaib) namun ianya tetap wujud.. maka percayalah dan berpegang teguh kepada tauhid dan akidah Islam semasa mendalami ilmu Sains..=D

No comments:

Post a Comment