Spread the salaam

Wednesday, December 22, 2010

ANJUNG "KIWI"

Assalamualaikum w.b.t...nite2!!!hmm,,tngh2 mkn buah kiwi ni td,,tetiba plk terasa plbagai rase kat buah kiwi ni...hurmm bile mkn bhgn pling tepi sekli rse cm gigit nanas,,,bhgn dekat biji2 tu klo gigit rse cm mkn strawberry,,,it's so crunchy,,,tibe mkn kt bhgn tnghnye plk rse cm mkn pisang!!!wahh,,,bestnye fruit 3 in one!!!alhamdulillah,,,nikmat tu nmenyerr...hehe..

Buah kiwi selalunya dihubung kaitkan dengan Australia dan New Zealand kerana ia dinamakan sebagai kiwi, iaitu nama sejenis burung tempatan kecil berwarna coklat. Spesis yang biasa didapati adalah dari jenis Actinidia deliciosa, yang di panggil hayward kiwi.

Isi buah kecil yang berbentuk bujur dan berkulit coklat yang berbulu halus ini, berwarna hijau zamrud yang terang dan separuh lut sinar dengan aturan beberapa urat putih di bahagian tengahnya dan mempunyai biji-biji hitam yang kecil. Rasa isinya agak berkrim, enak dan lazat hampir menyamai rasa campuran buah strawberi  pisang dan nanas, serta mempunyai rasa manis yang unik.

Dengan pertambahan minat terhadap buah kiwi, kini beberapa spesis boleh diperolehi dengan meluas. Ia termasuk spesis hardy kiwi dan slivervine kiwi, keduanya jenis berkulit licin bersaiz buah ceri dan isi yang berwarna kuning-hijau keemasan. Buah kiwi mempunyai sejarah yang sangat menarik dan sekarang mendapat peningkatan populariti kesan gabungan dari penghargaan keenakan rasanya, nilai nutriasinya, rupa yang unik dan penukaran namanya.

Berasal dari negeri China, dikenali dengan nama Yang Tao. Ia di bawa ke New Zealand oleh para mubaligh pada awal abad ke20 dengan penanaman secara komersial hanya di lakukan selepas beberapa puluh tahun kemudian. Tahun 1960, namanya di tukar kepada Chinese Gooseberries. Tahun 1961 Chinese Gooseberries pertama kali dihidangkan di sebuah restoran di Amerika dan telah ditemui oleh seorang pemborong yang dapat merasakan pasaran Amerika akan memberi sambutan pada buah exotik yang unik ini. Dia mula mengimport masuk buah ini ke Amerika pada tahun 1962,  tetapi untuk memenuhi kehendak permintaan telah menukar nama buah ini dari Chinese Gooseberry kepada buah kiwi, atas penghargaan kepada burung tempatan New Zealand iaitu burung kiwi berwarna coklat dan berbulu halus yang menyerupai kulit buah unik ini. Sekarang ini, Itali, New Zealand, chile, Peranchis, Jepun dan Amerika adalah antara peneraju pengeluar secara komersial buah kiwi.

Tulah die sikit2 cite psl asal usul buah kiwi ni....haii,,,rse2nye na amik plant pathology lah tuk elektif nnti...wahhh,,so wonderful to make a research bout plant,,,lg2lah flowering plant nih...insyaAllah....will find d way!!!
BUAH kiwi mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukup sekadar menikmati dua biji buah kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang diperlukanBuah kiwi bukan saja sedap, malah dikatakan sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60 kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.

Menariknya menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren selain mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Berikutan gelombang penyebaran wabak influenza H1N1 kedua berlaku, baru-baru ini, menyebabkan warga dunia berhati-hati dengan pengambilan makanan. Sehubungan itu, masyarakat disaran menukar makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi.

Buah kiwi juga mempunyai kebolehan utk melindungi DNA dlm sel nukleus manusia drpd kerosakan berkaitan oksigen..para penyelidik tidak pasti sebatian mane yg memberikan perlindungan antioksidan tetapi mereka pasti bahawa bahan utk menyembuhkan ini tidak terhad kpd khasiat biasa yg berkaitan dngn buah kiwi...subhanaullah!!!!
Disebabkn buah kiwi mengandungi plbagai flavonoid dan karotenoid yg menunjukkan aktiviti antioksidan,,maka khasiat fito dalam kiwi mungkin bertanggungjawab terhadap perlindungan DNA ini...

.Berikut adalah antara kajian terhadap buah kiwi yg dijalankn semasa saya n rakan2 berada di peringkat matrikulasi dngn bimbingan mentor kesayangan kami sume iaitu cikgu roslan...haha.....kami menggunakn buah kiwi ini yg mana sebahagiannye diekstrak utk melihat contoh DNA tumbuhan.....wahhh,,subhanaullah...mmng sngt cantik!!! n sebahagian lg kami makanlah!!!!hehe...,,but unfortunately,,its picture got lost after d lab report had been submitted...huh,,so i' ve no copy of its pict anymore....so,,sorry cn't share here...

FAKTA: Kandungan buah kiwi


  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi...
Walaupun buah kiwi ni sngt2 berkhasiat,,tp disebbkn ianya mengandungi aktinidin iaitu enzim protein larut,,,buah ni bole menyebbkn alahan pd mereka yg tak tahan,,,makanya kenelah minta nasihat pengamal perubatan dahulu....so,,,SELAMAT MENCUBA!!!!!
    Sekian,,,,,wassalam...=D




    No comments:

    Post a Comment