Spread the salaam

Thursday, July 5, 2012

Dejavu dan " Qulub ya' qiluuna bihaa "

Subhanallah! Itu satu2nye kalimah yg secara spontan mampu keluar dari peti suara saya tatkala berjaya menemukan semula artikel ini...susah jgk mencari artikel ini...sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh pensyarah saya sewaktu dlm kelas falsafah sains...sewaktu menuntut di tahun satu Bacelor Biology. Hairannya, saya mampu bertahan sewaktu kuliah ini walau diberi masa 3 jam sekalipun, tpi bila masuk kuliah subjek2 Biology, dari 2 jam, saya hanya mampu bertahan 1 jam awal sahaja...Ish2!

Ape yang membawa saya untuk cari balik artikel ini adalah kerana saya telah menonton drama DEJAVU Di Kinabalu...wahhh, rindu plk Kinabalu tanah kelahiranku...ehhmm, okay, forget it..not the core business :P...Mula2 saya tertarik dengan 'word' DEJAVU...(tambah satu glosari dalam buku 555), maka mencarilah saya akan maksud perkataan itu...ape yang saya jumpa?? Ni dia...

Deja vu berasal dari kata Perancis yang bererti “telah melihat“. Kata ini mempunyai beberapa turunan dan variasi seperti deja vecu (telah mengalami), deja senti (telah memikirkan) dan deja visite (telah mengunjungi). Nama Deja Vu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuwan Perancis bernama Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini tahun pada 1876.


Dalam erti kata lain, Dejavu ni merupakan misteri otak manusia...sbb ape saya kata gitu, sbb dari segi maknanye, ia berkaitan dengan memori...memori adalah sesuatu yg berkaitan dengan kita tentang perkara yang pernah kita lalui ataupun belum ag, tpi mcm pernah dilalui...ala2 fenomena familiar begitu...dan bila kita sebut pasal memori ni, automatik kita akan terpikir organ yg bertanggungjwb tntg tugas2 memori atau ingatn ini adalah otak...taaapiii, 

Bila saya tengok drama ni, dari jalan cite die, adalah berkaitan dengan jantung....itu sebenarnya yg menarik perhatian saya, bknlah sbb drama ni drama pasal cinta...that's another thing, I think...tpi ape yg buat saye fikir adalah pasal transplant jantung dan peristiwa2 yg berlaku slps tu terhdp watak yg mengalaminya...Then, ape kaitan organ jantung ni dengan mksud dejavu itu tdi? Dejavu lebih menjurus kpd memori atau ingatan, pernah lalui, tpi jantung? adakah jantung jugak punye tugas tentang memori atau ingatan?


Flash back......( 2 tahun yang lalu, saya pernah dengar cerita yg lebih kurang persis seperti drama di atas)........Mari baca artikel ini...





Marilah kita bersama-sama merenungi kisah menarik yang akan disebut di sini, yang dipetik menerusi Daily Mail bertarikh 10 April 2008 yang lepas. Kisah ini ialah kisah pemindahan jantung yang dijalankan 12 tahun yang lalu di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Pesakit jantung tersebut bernama Sonny Graham. Beliau seorang yang baik hati serta hidup dalam kehidupan penuh disiplin. Beliau mudah membantu jiran dan masyarakat apabila pertolongannya diperlukan.

Mr. Graham, pesakit tersebut menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri. Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa. Apabila sembuh, beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih. Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu. Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Mr. Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut. Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama. Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin. Mereka hidup mewah di sebuah banglo mewah.

Suatu perkara yang ganjil telah berlaku pada diri Mr. Graham. Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri. Menurut isteri yang baru dikahwininya, perangai Mr. Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu. Kegemaran buruk bekas suaminya dulu diikuti oleh suami barunya itu. Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa. Akhirnya, beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya itu. Lalu matilah Mr. Graham dalam keadaan yang sama dengan penderma jantungnya itu.

Para saintis psikoanalisis berasa takjub apabila mengkaji kes ini. Kes ini bukan kes terpencil kerana beberapa kes lain yang direkod mempunyai persamaan dengan kes ini. Satu persoalan yang timbul ialah: Adakah peristiwa ini berlaku secara kebetulan dengan peristiwa penderma jantungnya dahulu, atau, kedua-dua peristiwa tersebut ada kaitannya? Adakah jantung mempunyai sel memori yang masih merakamkan pita penderma asalnya lalu dipindahkan kepada penerima jantung baru.

Mengikut fahaman positifisme Barat, jantung hanyalah satu organ biasa yang tidak berfungsi untuk berfikir atau mempunyai sebarang peranan dengan ingatan. Adakah pandangan itu benar?

Sekarang marilah pula kita merenungi sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:

“Apakah mereka tidak berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan jantung hati mereka berfikir dengannya, atau telinga mereka mendengar dengannya, Maka sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah jantung hati mereka yang berada di dada” (al-Hajj, 46).

Dalam ayat di atas disebut “Qulub ya`qiluna biha” yakni jantung hati yang tidak berfikir dengannya (yakni jantung). Indikasi bahawa jantung (atau kalbu) yang berfikir tidak pernah disebut dalam mana-mana pemikiran manusia, akan tetapi al-Qur’an menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir. Para saintis sebelum ini berbendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak, bukan organ lain, khususnya jantung. Namun al-Qur’an menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan dilakukan oleh hati.


Para pasikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan sel memori otak, akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung. Dalam masyarakat Melayu, qalbu dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai hati tetapi penterjemahan yang sebenarnya ialah jantung.

Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak. Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak. Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan yang lainnya membentuk apa yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.

Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah. Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut. Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks tindakbalas kimia, asid amino dan gelombang elektrik.

Pendengar yang budiman boleh merujuk tulisan seorang pengkaji Amerika yang bernama Rolin MacCarty daripada Institut HeartMath untuk maklumat yang lebih lanjut tentang perkara ini.

Seorang professor University of Hawaii yang bernama Paul Peasall turut mengkaji aspek psikoanalisis berkaitan dengan pemindahan jantung untuk menguatkan lagi penemuan sel memori dalam jantung manusia. Pendengar yang budiman boleh mendapat maklumat lanjut menerusi bukunya yang bertajuk The Heart’s Code terbitan Broadway.

Dalam kes lain yang dilaporkan professor tersebut, seorang pemuda penggubah lagu menerusi muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebaya. Secara tiba-tiba pemudi tersebut menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu. Lebih menyayatkan hati, lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemudi penerima jantung tersebut. Apabila ibu pemuda mendengar lagu yang dimainkan pemudi tersebut, tiba-tiba menangis sedih kesayuan apabila mendapati lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.

Inilah kisahnya, panjangkan? tapi kalau diceritakan melalui lisan pendek jdinya...so, sabar la dlm membacanya melalui tulisan..:)...Jadi, persoalan saya tadi dah pun terjwab, yes, jantung jgk ada sel memori yg kuat... 

Tapi, takkan selamanya kita mahu membiarkan diri kita (jika ada mengalami transplant jantung) dipengaruhi oleh sifat yang sudah sedia terbentuk di dalam pita rakaman jantung tersebut? Jika pengaruhnya membawa ke arah sikap yang lebih positif itu tidak mengapa, tapi kalau negatif bagaimana? Bagaimana mahu mendidik jantung hati yang baru itu? 

Allahu'alam.


2 comments:

  1. terima kasih sebab share cerita nie,,
    xlama lagi tunang saya bakal menjalani transplant jantung..doakan pembedahan tu berjaya dan berdoa yg baik2 sahaja hendaknya..aamiin...

    ReplyDelete