Spread the salaam

Friday, August 17, 2012

Eid yang memberi rasa

Ulat beluncas pun berpuasa ketika berada di dalam kepompong untuk mendapatkan sayap yang cantik lalu menjadi rama-rama yang indah menawan...Sebelum itu, manusia nak tengok pun rasa geli geleman..badannya lembik, kembung, bulat dan berbulu-bulu..

Ular juga puasa untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersinar semasa proses salin kulit. Tak percaya? Cuba letak berpuluh-puluh ekor katak kat depan dia, tak dimakannya..(hiperbola je)..Sekali dia makan, proses penyalinan kulit dia akan terganggu..

Ayam pun puasa jugak..untuk dapatkan apa?? (Find it yourself)..heee..:P

Hebat impak puasa ni even dekat haiwan sekali pun...kulit bersinar, sayap menawan...

Bagaimana pula dengan manusia?? Kenapa manusia yang muslim kena puasa? Apa yang kita dapat dengan berpuasa??

Ya, kerana ia merupakan salah satu tuntutan dalam rukun Islam yang lima itu. Allah yang memberi arahan supaya berpuasa. Sudah tentu impaknya lebih hebat...Kita puasa dengan niat ikhlas kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah, kita akan mendapat 'hati' yang baru, yang lebih baik dari yang dahulu..
Walaupun mungkin kita penat, lesu, layu, lapar dan tidak bertenaga, tapi yakinlah jika kita laksanakan dengan sabar, maka Allah akan berikan yang elok-elok saja buat kita dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang kita sendiri tak sangka ganjaran yang akan kita perolehi.


Sedar tak sedar, Ramadan is on the way to the airport for departure. Really feel so calm in this holy month, but the reality is the month will leave us behind so soon. Kita cuma ada 1 hari saja lagi untuk bersama dengannya. Satu hari lagi. Macam2 rencah rasa menghempuk sanubari bagi yang berat untuk melepaskannya pergi...Bayangkan 1 bulan kita berada dalam bulan tarbiyah ini. Bulan yang sangat mendidik ini, kemudian ia akan pergi, maka kita pasti akan teruji dan diuji lagi untuk 11 bulan seterusnya..

Untuk satu hari yang masih berbaki ini, kita buat yang sehabis baik. Nak buat persediaan raya, buatlah. Jangan dibiar rumah tonggang-langgang. Tapi pandai-pandailah kita mengatur masa agar kita tidak leka. Di akhir Ramadan ini, kita minta pada Allah agar Ramadan kali ini ditamatkan dengan pengakhiran yang terbaik dan keberkatan dalam hidup untuk hari-hari yang mendatang serta  istiqamah dengan perubahan dan amalan yang kita lakukan semasa di dalam bulan yang mulia ini.

Maka mohonlah,

Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'udzubika minal sakhratika wannar,,Allahumma innaka 'afuwwun kareem tuhibbu 'afwa faa'fu 'annee. " 

Ertinya : Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, redha-Mu dan syurga, dan aku berlindung kepada-
Mu dari murka-Mu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya, engkau Maha Pengampun dan suka 
mengampunka, maka engkau ampunkanlah aku.


Di ambang Syawal 


We make takbeer from the night of Eid until the Eid prayer by saying:
Allahu Akbar, Allahu Akbar                           Allah is the Greatest, Allah is the Greatest
La ilaaha il Allah,                                                There is no deity worthy of worship except
                                                                             for Allah
Allahu Akbar, Allahu Akbar                           Allah is the Greatest, Allah is the Greatest
wa Lillahil Hamd                                                  and for Allah Alone is All Praise



Bangun pagi, mulakan dengan Solat Subuh. Siapkan apa yang patut, sarapan dulu, kemudian jom 

beramai-ramai dirikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri...tinggalkan dulu periuk belanga di dapur buat 

sementara...bagi memberi rasa sempena hari raya..

Perintah berkenaan solat sunat hari raya :-

Dari Ummi ‘Athiyah, ia berkata: “Kami diperintahkan membawa anak-anak perempuan remaja dan orang-orang yang berhaid pada dua hari raya (supaya) mereka menyaksikan kebajikan dan doa (kaum) muslimin, tetapi orang-orang haid menjauhkan diri dari tempat solat.” (Bukhari dan Muslim)
Maksudnya: Diperintahkan kaum muslimin, baik anak-anak, orang tua, lelaki atau perempuan, yang solat atau tidak solat (berhalangan) untuk menghadiri solat hari raya, tetapi bagi perempuan yang haid tidak diperbolehkan mendekati tempat solat.

Selesai bersolat dan mendengar khutbah raya, bersalaman dan ucapkanlah dengan ucapan yang terbaik seperti yang Rasulullah dan para sahabat lakukan iaitu  " Taqabbalallahu minna waminkum "  (Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu) dan bermaafan seikhlasnya..(bukan masa raya saja minta maaf, ye..). Lepas tu, nak sambung balik kerja-kerja memasak silakan..nak berziarah saudara-mara pun boleh..tapi bab pakaian dan masa bersalaman juga kita kena jaga batas. Pakailah pakaian yang terbaik (tidak semestinya baru) dan menutup aurat, bersih dan wangi. Bersalaman dengan yang 'halal' ( ibubapa, suami-isteri, anak-anak, adik beradik kita, makcik yang adik-beradik dengan ibubapa kita sahaja, pakcik yang adik-beradik dngn ibubapa kita sahaja)...yang tak 'halal' macam ipar-duai, makcik or pakcik yang bukan adik-beradik ibubapa kita dan sepupu ke dua pupu ke...
Allahua'lam....

P/S : Saya juga masih belum dalam mood raya..rasa macam nak suasana bulan2 lain pun macam Ramadan..

Oleh sebab masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin", tak apelah, sambungkan dengan ucapan " taqabbalallahu minna waminkum " pun bole - Tanyalah Ustazah TV9


No comments:

Post a Comment