Spread the salaam

Wednesday, August 8, 2012

Tomyam Kung

Salam wbt..and hi!!

Okay, tomyam ni adalah makanan yang sume orang biasa makan, especially kat Malaysia lah..
Biasanya kalau nak masak tomyam ni, saya lah orang pertama dalam famili yang sukarela nak masak..sebab masak tomyam ni senang saja, tapi sedap and kaw tu belum tentu ag eh..hehe..
Okay, selama memasak tomyam ni, saya dapat rasa macam ada yang kurang...heee..



Satu hari ni, tertengoklah dekat tv ada sorang chef ni dia buat demo memasak tomyam kung...Tomyam ni ada banyak jenis..depend lah paste or perencah tomyam apa yang kita beli...ada kung, ada siam, ada tomyam putih...dan macam2 lagi...

Okeh, kat sini nak share lah sikit cmne chef tu masak..first time saya try, wahh parents saya kata sedap kakak masak..hu2..Baru saya taw, mana silapnya. Masa masak, saya terus didihkan air and masukkan paste/serbuk perencah tomyam tu, tanpa menumisnya terlebih dahulu..

Tomyam Siam Kelapa Muda

Saya jealous okay, bila dengar cerita ayah, yang dia lunch kat Tomyam Delight, KL dan dibelanja oleh tuan restoran tu jugak yang mana merupakan kawan dia sendiri...Kata ayah sedap sebab tomyam dia guna air kelapa...terliur jela saya dengar...aduhai...

Bahan2 :-

- 2 bungkus Paste tomyam siam adabi (sebab kat tempat saya ni xde paste tomyam kung, kat Melaka banyaklah sebab dulu pernah duduk sana).
- 5 ulas bawang merah kecil / 1 ulas bawang besar (di potong halus)
- 2 batang serai
- sedikit minyak ( olive/corn/minyak masak biasa pun boleh)
- sebiji kelapa muda (untuk diambil airnya)
- sedikit air kosong
- sedikit bawang goreng
-sedikit daun ketumbar (dicincang halus)
- 2 sudu susu segar (kalau tak nak pun xpa)
- Garam secukup rasa

Isi tomyam :-

- Kalau nak seafood, biarlah seafood semuanya (udang, sotong, daging ikan merah).
- Kalau nak daging/ makanan darat biarlah semuanya daging/ makanan darat (daging ayam, lembu).

Sebaiknya, x elok campur seafood and makanan darat ni sebab mereka mempunyai caj2 yang berlainan dan boleh bagi efek kat sistem penghadaman kita...

- Sayur-sayuran (sila makan seimbang, okay)- lobak merah, jagung kecik, cendawan, kobis bunga, tomato dan apa2 saja yang sesuai.

Cara2nya :-

1.Tumiskan bawang merah/ bawang besar dan 2 batang serai dengan sedikit minyak. Tunggu sehingga naik bau wangi.

2. Masukkan 2 bungkus paste tomyam..dan tumis sekali..(jika perencah tomyam dalam bentuk serbuk, sila bancuh dulu dengan sedikit air). Tumis sehingga harum dan kelihatan kering sedikit, tapi jangan sampai HANGIT!

3. Masukkan air kelapa (1 biji, tapi tengoklah kapasiti orang yang nak makan. Kalau ramai/ big family masuk 2 or 3 biji pun xpa). Kacau kejap.

4. Masukkan isi2 tomyam seperti di atas. Ikut suka nak banyak mana. Masukkan sedikit air kosong untuk tambah kuah.

5. Hiriskan cili padi dan masukkan dalam masakan (kalau suka pedas, masukkan lebih sikit). Lepas tu, biarkan tomyam sehingga mendidih dan masak.

6. Masukkan garam secukup rasa dan 2 sudu susu segar (kalau x nak, xpe).

7. Tutup api dapur...Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebagai penambah rasa dan pembuka selera.

Dah siap...selamat mencuba! Jangan lupa baca bismillah sebelum mula masak :)

No comments:

Post a Comment