Spread the salaam

Friday, July 27, 2012

Ahsanu 'amala


Amalan yang terbaik!




Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang terbaik amalnya, dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun [ Al-Mulk, ayat 2].


Hari-hari yang berlalu, menjadi kemestian semasa zaman sekolah di asrama dahulu setiap kali sebelum tidur malam, kami membaca surah Al-Mulk beramai2 dan alhamdulillah, ia sudah menjadi kebiasaan yang saya terbawa-bawa sehingga sekarang, tapi adakalanya, saya ter miss juga dari membacanya. Apa yang saya ingin katakan di sini adalah meskipun saya ada membaca maksud setiap ayat dalam surah ini, tapi ia bagaikan angin lalu saja. Sebelum ini, saya langsung tidak terfikir untuk memikirkan sedalam2nya berkenaan makna perkataan yang saya 'highlight' dalam ayat di atas. Apa dia? Terbaik! Ya, terbaik! Budak2 sekarang ni suka sebut 'terbaekkkk!' Ahsanu 'amala, terbaik amalnya.


Bagi saya daripada pembacaan saya sebelum ini menerusi karya Ahsanu bukan Aksaru? Karya Hilal Asyraf dalam bukunya Batu-Bata Kehidupan, ayat ini memperkatakan berkenaan dengan aspek penilaian yang bagaimana yang Allah pandang. Allah mengatakan bahawa penerimaan sesuatu ibadah itu atau amalan yang dilakukan oleh hamba2-Nya adalah berdasarkan kualitinya berbanding kuantitinya. 

Berdasarkan sebuah hadith, yang diriwayatkan oleh An Nasai, Rasulullah telah mengatakan bahawa di hadapannya akan lalu seorang ahli syurga. Hal ini berlaku sebanyak tiga kali dan orang yang sama juga yang lalu di hadapan Baginda. Maka salah seorang sahabat teringin tahu amal apa yang telah dilakukan sehinggakan dijamin oleh baginda bahawa sahabat tadi masuk syurga.


Maka setelah diselidiki, amal lelaki itu tidaklah banyak mana. Tidak nampak pun sahabat ini bangun untuk berqiamulail dan tiada apa-apa amalan yang istimewa secara zahirnya. Lalu ditanya kepada sahabat ini, apakah yang telah beliau lakukan sehingga dikatakan oleh Rasulullah bahawa beliau adalah ahli syurga.
Maka sahabat itu menjawab bahawa dirinya tidaklah mempunyai apa-apa amalan yang istimewa melainkan dalam hatinya tidak ada sedikit pun rasa hasad dan bersangka buruk kepada saudara muslim yang lain
Lihat, betapa hanya dengan rasa yang seikhlas itu lelaki itu mendapat ganjaran yang sangat besar iaitu syurga. Ya, syurga! Ganjaran yang bukan sembarangan. Bukan senang sebenarnya mahu mendidik hati ini untuk menjadi sebaik mungkin dan lari dari dihinggapi rasa mazmumah walaupun sedikit seperti hasad dengki dan sebagainya kerana kita sentiasa berhadapan dengan persekitaran dan pengaruh yang mempunyai pelbagai rencah rasa sama ada baik mahu pun tidak baik.
Samalah juga ceritanya dalam bulan Ramadan Kareem ini yang sinonim dengan solat sunat terawih. Bilangan rakaat tidak menjadi ukuran sama ada 20 mahupun 8. Selagi mana kita lakukan bilangan rakaat itu dengan hati yang suka, tenang, gembira dan khusyuk, insyaAllah selagi itulah ibadah yang kita kerjakan akan menjadi yang terbaik. Terbaik bukan pada bilangan, tapi pada kualiti dan mutu amalan yang kita lakukan.


Begitu juga halnya dalam menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh sebulan Ramadan ini. Tiada salahnya bagi yang mampu membacanya dengan tajwid yang molek, tartil dan tidak tergopoh-gapah serta memahami apakah misi yang Al-Quran mahu sampaikan dalam kehidupan manusia. Go ahead for that. Bagi yang tidak mampu, buat setakat mana yang boleh dan terbaik paling penting ianya berterusan. 


Samalah halnya dalam amalan2 yang lain seperti bersedekah, menuntut ilmu dan lain2.
Yang Terbaik berbanding Terbanyak. Lebih baik, jika yang banyak itu juga, semuanya menjadi terbaik.
Quality come first.
Allahu'alam.


No comments:

Post a Comment