Spread the salaam

Sunday, July 29, 2012

Myfirstnovelever- to be.

Bismillah..

Ish, bosan..ya memang saya agak mati kutu lah musim cuti semester ini. Contact dengan rakan-rakan pun melalui alam maya sahaja. Oohh, tidak puas mahu bercerita, berkongsi rasa dan bertukar idea. Maka saya mencarilah kot2 ada ruang kerja untuk orang semacam saya. Alhamdulilah ada kerja. Kerja yang 6 hari sahaja. Membantu guru cover satu silibus saja dalam subjek Biologi semasa kelas malam di sekolahku yang tercinta. 

Lepas tu, saya sambung menukil lagi cerita yang masih banyak lagi baki yang tersisa. Microsoft word yang menyimpan data segala tinta kering saya yang belum habis itu dipinta untuk segera dihabiskan.

"Cepatlah taip aku, wahai Baiti! " Kata keyboard meronta-ronta. Tapi saya rileks sahaja. Memang mahu ditukul, baru akan memahat..alahai.

Read more, learn more, write more.

I'm still working hard on my first novel. Still in progress. Memang menulis x semudah membaca. Idea diperah, bukan seperti memerah santan, huhu..Tapi saya suka...suka mencuba tatkala kebosanan tiba.

Cerita pertama yang saya pernah tulis dahulu bertajuk ' Warna-warna Kehidupan '. Temanya fasal sahabat.  Masa itu di tingkatan 3. Bosan pertama selepas PMR..hehe..Tapi itu hanya cerpen pendek yang menjadi simpanan saya sendiri. Masa ni malu nak tunjuk kat ummi dan ayah.

Cerita kedua, bertajuk 'Apresiasi'...Hah, yang ni barulah saya start beritahu parents. Ayah kata dia sudi menjadi editornya. Idea datang bertimpa, sayangnya di saat semester telah dibuka. Jadi, sudah sibuk dengan segala kerja and bla2..hmm, memang lama lah pendingnya..

Bila cuti tiba semula, saya baru teringat, lah, ceritanya belum habis...saya stop dah sampai bab 7..tapi nak tulis balik bab 8 tu, berhari2 cari ilham..bende apalah yang mahu aku sambung. Memang blank lah. Ouch, I'm stuck on some point here. Fikir punya fikir, datang idea yang baru. Keyboard pun menari gembira, " Tuan aku nak tulis cerita baru, " katanya.

Maka, tajuk yang sedang dalam penulisan saya ini adalah " Nun Di Berbatuan Biru ". 



Baitul Yasmeen adalah nama pena yang saya pilih. Sahabat adalah tema yang tidak pernah penat saya cuba menulisnya. Cuma bezanya, sahabat dalam novel ini istimewa, kisah kembar seiras yang tidak sehati sejiwa, tapi banyak peristiwa2 yang mereka lalui bersama walau berbeza cara dan gaya, yang akhirnya, membawa separuh hati itu rela dipindahkan kepada hati yang satu lagi. InsyaAllah, doakan saya diberi kekuatan untuk menaip tinta yang kering ini hingga habisnya. Ameen! Bila itu, saya sendiri sedang berusaha :)

Tajuk lain untuk ditulis lagi dalam senarai :-

2. Horizon Biru Jingga - Kisah tentang pilot muslim dan pelbagai rencah rasa dunia penerbangan.

3. Bivalvia Hijau - kisah tentang pasukan perubatan Helang Merah yang muncul sebagai pasukan terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat umum terutamanya. Pelbagai pengalaman mereka kutip hasil sepak terajang pentadbiran Hospital Tun Sarjana yang diterajui oleh seseorang yang tempang etika dan budaya kerjanya.



Doakan saya untuk yang pertama itu dulu. 

Mutiara kata : " Bagi saya, menulis adalah satu ibadah sebagaimana kerja-kerja lain yang wujud di dunia ini. Menulis adalah untuk mendidik masarakat ke arah kehidupan yang lebih baik, " Puan Nurulsham Saidin, Novelis Dingin Salju Indiana. Karyanya begitu menampar saya!

2 comments: