Spread the salaam

Saturday, August 20, 2011

dia online! dia online!

Ayamstein (bukan nama sebenar) telah meng'add' dan ingin berkenalan dengan seorang perempuan di bukumuka. Boleh dikatakan selalu jugaklah Ayamstein tu menghantar 'chat' ala2 Romeo kepada Si Pulanah A. Malang sekali, tak sekali pun Si Pulanah A itu memberikan respon, kerana dia tak suka melayan chat dari sesiapa yang tak dikenalinya.

Tiba-tiba, pada suatu hari, diruangan chat box Ayamstein, ada chat baru masuk dari Si Pulanah A.

Si Pulanah A : "Hi, how are you?"

Ayamstein : "Hi too!! I'm fine, thank you." ( ceh, berbunga-bunga hati Ayamstein sambil tersenyum sorang2 depan laptopnya) dalam hatinya, 'buang tabiat ke minah ni?'

Si Pulanah A : " Wanna laugh? :)"

Ayamstein : "If it is you, ohh,of course, why not!" (giler excited betul Si Ayamstein ni)

Si Pulanah A : " It is you in the video?)) want to see?)"

Ayamstein : dalam hatinya, 'pulak dah,'. Lantas dia pun dengan yakinnya, meng'klik' link yang diberi oleh Si Pulanah A.

Tiba-tiba, plopppp!! Skrin terpadam. Laptop malfunction. Ayamstein menggelabah dan dibawa laptopnya gi 'repair' kat kedai PC. 

Tiga hari kemudian, Ayamstein pun mengunjungi lagi laman bukumuka Si Pulanah A. Di situ dia melihat statusnya tertera, " kepada sesiapa yang ada menerima 'chat' yg bermula dengan "how are you?" n bla2 dari saya, itu bukan saya sebenarnya. Itulah virus yang terhantar secara auto tanpa pengetahuan saya. "

Ayamstein menepuk dahi, 'Wa kena beb!' Selepas itu langsung dia meng 'offline'kan chat boxnya....

No comments:

Post a Comment