Spread the salaam

Wednesday, August 3, 2011

Stop being a victim of our own ignorance

Salam a'laik.....

Malam2 buta ni,,klo dh boring menulis novel,,,sambung plk menulis blog...ha2..yahhh,,kadang2 apa yang saya tulis dalam novel adakalanya apa yang saya fikir semasa saya menulis blog,,adakalanya masa saya menulis blog saya akan terfikir apa yang patut ditulis dlm novel pda bab seterusnya....huhu...

Berbalik kpd tajuk " stop being a victim of our own ignorance" spatutnya klo ikut copy paste yang asalnya.."stop being a victim of your own ignorance"....tpi kot ye pun nak copy paste x perlu sampai sume nk sama...at least combine with our own idea even just a single word...saya tukar dari 'your' kepada 'our' sebab untuk menjadikan apa yang saya tulis ini juga merupakan peringatan kepda saya juga...Allah tak suka kepada orang yang hanya tahu cakap tapi diri sendiri tak buat...seperti firman-Nya di dalam surah As-Saff ayat 3 ( teringat kakak dalam usrah saya kat universiti suka baca ayat ni di akhir majlis)...

Apa yang menggerakkan saya untuk menulis tntg tajuk ini adalah berkaitan hilangnya sistem nilai dalam kehidupan kita seharian....nilai adalah dalam erti kata mudah apa yang berkaitan dengan akhlak, etika, moral dan apa jua ciri peribadi yang mulia....

Saban hari kita dihidang oleh berita2 atau laporan2 atau kejadian di depan mata yang kurang enak, jelek, ngeri, tragis dan macam2 lagi....sebagai contoh pelajar atau remaja atau golongan muda( sbb saya juga pelajar, remaja n muda lebih mudah utk faham ) yang kurang ajar, suka buat hal, suka ponteng, bercouple, dan membuat bermacam2 onar sehingga membabitkan masalah juvana atau jenayah....saya pernah berpengalaman bertanyakan kepda adik2 pljr di sebuah sekolah menengah ( saya percaya konsep sama sprt sekolah rendah juga) apakah masalah yg mereka hadapi? Mereka pun menyatakan rasa kebosanan yng luar biasa, rasa tidak berminat dengan belajar ( mendalami ilmu pengetahuan), mrka stress dengan berbagai tekanan yang datang bertubi2 daripd pihak sekolah dan ibubapa terutamnya,,oleh itu,,mereka cenderung utk melakukan yang diluar daripada matlamat asal mereka hadir ke sekolah atau mne2 pst pengajian tinggi dan sebagainya.....mereka gagal berasa seronok, ikhlas dan bahagia dengan tujuan asal mereka...

Saya teringat ketika mengadakan sesi temubual bersama beberapa orang ahli akademik daripd sebuah ipta sewaktu melaksanakan sebuah kajian yang berkisar tentang sistem nilai dalam sistem pendidikan negara beberapa persoalan telah ditimbulkan tentang isu keruntuhan akhlak,,kebejatan sosial yang berleluasa dan kehilangan aspek moral dan nilai murni dalam klgn muda mudi hari ni khususnya mereka yang punya pendidikan dan diberikan peluang utk menimba ilmu.....oleh itu,,keluarlah hujah yang mengatakan pengaruh rakan sebaya,,sikap ibu bapa yang kurang beri perhatian, pengaruh anasir2 luar melalui tv, internet, game dan sebgainya....maka berbagai solusi cuba dicari di tengah2 kemelut ini...ya,,mmng banyak,,tpi adekah ia tepat mengenai masalah yang dihadapi oleh golongan tumpuan ini...mungkin ada yg mengatakan penguatkuasaan undang2 merupakn jawapan paling popular brdsrkn survey...

Berbalik kpd permasaalahan pokok,,iaitu timbulnya rasa tak seronok,,stress dngn kaedah penilaian sekolah atau institusi2 lain terlalu mahu menjaga mutu akademik dll...bagi saya,,penguatkuasaan undang2 tak kirelah ikut sesebuah sekolah or institusi2 itu sendiri bukanlah perkara pertama yg mnjadi pilihn...tpi alangkah baiknya kalau kita dpt menyelami rentak mereka..menyelami isi ketidakpuashatian mereka trhadap penilaian dan isu2 yang berkaitan dngn bab2 belajar ni..mereka buat fi'il lain kerana bosan, ade yang x bole bwk pljrn2 trtentu,,dtg pon sbb parents srh,,sumenye lahir kerana tiada rasa ikhlas dlm melaksanakan matlamat utama itu...

"yalah,,cmne nak ikhlas,,dh saya x suka belajar,,tak suka lah..kdng2 saya bolelah jgk skor,,tpi tu pn bce sbb pekse nak dekat je,,tpi dlm hati ni kak,,jiwa ni kak,,kosong..saya x rasa apa pun. just folow d flow," kata seorng adik yang sye temui...

Ape yg saya dpt lihat dalam sistem pendidikan yang diamalkn skunk ini adalh keterasingan 2 perkara bidang agama ( yg sentiasa menekankan pemupukan akhlak mulia) dan bidang akademik ( sains dan teknologi, sastera dan sebgainya)..sehingga skunk ni pun yg pling jelas,,mindset 'lapuk' mengatakan mereka yang belajar ilmu agama mmng la baik,,tak payah pk penat2 nak belajar bende lain,,,klo bdk2 yang ambik kos selain kos yang berkaitan dngn agama tak perlu dalami ilmu keagamaan ni,,basic2 sje cukup...bygkn sampai begitu skli mindset yg terbawa-bawa oleh sbhgn besar golongan mereka yg berpendidikan tinggi...dan mmng sdh berlaku di mana2 institusi2 pengajian tggi,,yg mana pljr yg belajar aliran sains,,tak ditawar utk mengambil subjek utk mendalami ilmu agama,,bahkan didalam sains itu sendiri perihal ketuhanan (metafizik) telah ditolak jauh2,,,maka natijahnya adalah golongan terpelajar yang lompang jiwanya,,yang keras hatinya apa yg lebih teruk mnggunakan kepandaian n kelebihan akal utk tujuan jahat dan ke arah kerosakan sejagat...

kalau dlm konteks peljar yg sederhana atau bole dikategorikan sbgai tercicir dri arus pendidikan global,,ada mereka yg diluar sana mengatakan,,alah tu cuma 2 peratus atau 20 peratus sje...salah merekalah sape suh tak nak blaja betul2,,,nak kata sbb sains n math blajar dlm bi,,pasal ape yg lain 80 peratus or 98 pertus lgi tu bole skor,,dieorang x bole..ala dieorng ni kita bole ttup sebelah mata saja..klo x dpt masuk uiversiti atau x dpt smbng blaja lgi,,nnti dieorng pergilah buat keje2 kemahiran ke...

apa yang saya lihat pencapaian pljr2 dri thun ke tahun sjk math n sains ini di 'bi' kn,,,prestasi bnyk yg jatuh merudum trutama skali anak2 yng tinggal di kg2,,pedalaman2 di ceruk2 hutan yang sdng berusaha jga utk mndapat pndidikan sama sprti mrka yang tinggal di bandar, pekan n pnggir bandr..akn ttpi keupayaan akal dan daya fikir setiap manusia adlh berbeza,,adilkah kita utk mengabaikn bahagian 2% or 20% semata-mata ade back up 80% or 98% yang lain ( itu pun blum trjmamin bhwa merka akn bnr2 merealisasikn falsafah pendidikn kebangsaan dngn sempurna...dan wawasan 2020 ( impian negara Malaysia mjndi maju dlm segala aspek)...adilkah kita utk membiarkn mereka itu ketinggalan dan trus ketinggalan? tnpa mmberi peluang utk sama2 mnjadi penyumbng kpd kemajuan negara...klo yg 98% or 80% itu bole brjaya dngn sains n math yg di 'bi' kn itu,,,sdh tentu jika dri dlu lgi di kekalkn dlm bahasa ibunda sudah tentu skurng2nya angka 20% or 2% itu akn kurang malahan boleh hilang trus...

Pernah kite terpk,,andai kata yang tercicir itu menjadi penyumbang besar dlm masalah jenayah or juvana gara pendidikan yg tak seimbang itu tdi,,,apabila berlaku sedemikian,,tentu juga jurang dri plbagai aspek kehidupn akan timbul,,sprt tak dpt keje,,hidup dlm kesempitan ekonomi,,lagi2 dlm era kenaikan harga barang n ekonomi meleset..maka akan timbul kes2 pecah rumah, mencuri, rompak, bunuh, ugut dan sebgainya..maka siapa yg akan mnjdi mangsa juga jika bkn dri mereka yg mmpunyai sikap ketidakpedulisme sedari awal lagi..mereka yg berpndidikn juga blum trtentu trjamin utk x terlibat selagi nilai murni tidak diadun sekali dlm urusan pembelajran mereka...

Kite perlu ingt,,utk menjadikan Malaysia sbgai sebuah negara maju mnjelang 2020 nnti,,kite bkn setkat mmerlukan golongan pemikir yang rata2 dipelopori oleh mrka yg berpeljaran tinggi,,,tpi kita mmrluka pemimpi,,pemikir dan pelaksana or pembuat dlm pecahan pemimpi < pemikir < pembuat...

Pembuat lahir dri mreka yg mahir dlm keje2 kemahiran..Perlu diingatkn kerje2 kemahiran ini juga mmerlukan mrka yang dri glgn 'pandai' dan cerdik....sbb itu prlunya cakna dngn glgn 20% itu tdi agar semua dpt pendidikn yg sama n seimbang....apa yg perlu nilai2 keagamaan yg semestinya menjurus ke arah lahirnya sifat murni dan akhlak mulia agar,,si pemimpi dapat melahirkn mimpi yang baik dlm kemajuan,,,dan si pemikir dapat melakarkn impian yang baik,,dan si pembuat dpt melaksnakn lakaran impian yang baik itu tdi demi kemaslahatan masyarakat seluruhnya dlm mncapai negara maju wawasan 2020...

Sekian, wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment